Jemaah terkandas: Agensi pelancongan mohon maaf, akan buat pemulangan wang

Selepas 12 jam kisah hampir 400 bakal jemaah Haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Khamis, individu yang juga mewakili syarikat agensi pelancongan yang terbabit tampil memohon maaf.

Seperti yang dilap0rkan melalui Astro AWANI, individu terbabit memohon maaf atas kejadian yang menimpa kumpulan bakal jemaah haji itu semalam.

“Jutaan maaf dari kami pihak UC Travel. Kami sudah sedaya upaya berusaha untuk terbangkan jemaah, tetapi kami tidak berjaya.

“Maka pihak kami akan membuat pemulangan wang kepada jemaah yang terlibat. Saya juga terkesan bila orang panggil kami sc4mmer.

Hakikatnya, kami di UC Travel sangat berusaha untuk terbangkan jemaah,” jelasnya secara ringkas.

Mengulas lanjut, ujarnya, sebarang kenyataan akan dikeluarkan selepas berbincang bersama peguamnya terdahulu.
“Saya akan bincang dengan peguam saya dahulu. Kerana bukan kami sahaja yang g4gal, ramai lagi agensi pelancongan g4gal.

“Tetapi kami terkedepan kerana kami bawa jemaah ke lapangan terbang, kami memang mencuba sedaya upaya.
“Untuk ketika ini, semua group UC Travel sedang menjawab semua (persoalan) berkaitan jemaah kami,” katanya lagi.

Ujar wakil itu lagi, yang dihubungi Awani menggunakan aplikasi Whtsapp, satu sidang media akan dijalankan minggu hadapan bagi memberi penjelasan mengenai kejadian menimpa hampir 400 bakal jemaah haji itu.

Semalam, suasana kec0h berlaku di KLIA apabila hampir 400 bakal jemaah haji terkandas selepas tidak dapat berlepas ke Jeddah, Arab Saudi bagi mengerjakan rukum Islam kelima itu.

Sehingga kini, 17 lap0ran p0lis telah dibuat bakal jemaah Haji yang terkandas di sekitar Lembah Klang.

Pada masa sama, sia-satan dijalankan pihak p0lis dibawah Seksyen 420 Kanun Kesek-saan.
Turut menjalankan sia-satan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dibawah Seksyen 8 (1) (d) Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482].

Sumber: Awani