Kanak-kanak m4ut jatuh dari tingkat 35 ketika ikut ibu keluar bekerja

Seorang ibu sama sekali tidak menyangka bahawa mayat yang dikerumuni orang ramai sebaik sahaja dia pulang dari kedai dobi adalah mayat anaknya.

Mangsa, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun m4ut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 35 sebuah kondominium di Jalan Perdana, Pandan Perdana, dekat sini, petang semalam.

Menurut Ketua P0lis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, pihaknya menerima lap0ran kejadian daripada pengawal kesel-amatan kondominium terbabit pada jam 2.20 petang.

Katanya, susulan lap0ran itu, sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian dan menemui mayat mangsa yang merupakan warganegara Indonesia.

Hasil sia-satan mendapati mangsa dibawa ibunya berusia 36 tahun yang bekerja sebagai pembantu rumah sambilan di kediaman tersebut.

“Sebelum kejadian, ibu mangsa telah meninggalkan anaknya yang sedang tidur seorang diri di ruang tamu rumah dan turun ke bawah untuk membasuh pakaian di dobi.

“Semasa di bawah, ibu mangsa melihat orang ramai berkerumun di aras ‘ground floor’. Wanita itu pergi ke tempat tersebut dan mendapati mangsa adalah anaknya,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai insiden itu, Mohamad Farouk berkata, pihaknya tidak men0lak kemungkinan magsa dipercayai bangun dari tidur dan membuka sliding door sebelum memanjat kerusi di balkoni.

“Ketika kejadian bapa mangsa berada di Petaling Jaya sedang bekerja. Ibu dan bapa mangsa menetap di Malaysia sejak lima tahun lalu.

Mangsa merupakan anak bongsu dari tiga beradik.

“Mayat telah dihantar ke H0spital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) bagi tujuan bedah siasat,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Farouk berkata, k3s disi4sat di bawah seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu penga-baian terhadap kanak-kanak.

“Sekiranya dis4bitkan kes4lahan, suspek boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

“Kertas sia-satan jenayah dan lap0ran kemat-ian mengejut juga telah dibuka,” katanya.

Sumber:Getaran