Dalam perkembangan terkini misteri kehilagan bekas personaliti TV3 Zalina Azman, p0lis menges4hkan wanita yang did4kwa singgah ke sebuah kafe di Seksyen 9 pada Ahad lalu bukanlah bekas personaliti televisyen tersebut tetapi sebaliknya adalah seorang gelandangan.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Mohd Iqbal Ibrahim ketika ditemu bual dengan Buletin 9 pada Rabu memaklumkan perkara itu selepas membuat semakan dan berkunjung ke lokasi berkenaan untuk mengesahkan dakw-aan tersebut.
“Selepas berita hebahan kehilangan Zalina Azman kita menerima beberapa maklumat daripada orang awam mengatakan melihat kelibatnya di sekitar Shah Alam, taman tasik, restoran dan sebagainya.
“Bagaimanapun selepas kita buat semakan dan pergi ke tempat-tempat yang diberitahu dan berjumpa dengan individu-individu berkenaan mendapati bukan orang yang kita cari”.
Terdahulu, seorang pemilik kafe di Seksyen 9 Shah Alam menda-kwa wanita mirip Zalina muncul di restoran miliknya kira-kira pukul 1 petang dalam keadaan seperti cemas dan menggigil ketak-utan.
Insiden itu diceritakan oleh Mosyuki Borhan di Twitter miliknya pada Selesa selepas tersentak membaca lap0ran tentang kehilangan seorang bekas personaliti televisyen terkenal.
Sementara itu, Mohd Iqbal turut memaklumkan belum merakam percakapan individu yang mend4kwa melihat kelibat Zalina namun akan meneliti rakaman kamera litar tertutup berdekatan untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci.
Pihaknya juga masih mengharapkan maklumat disalurkan bagi membantu siasa-tan dan pencarian sehingga Zalina ditemui.
Pada malam Isnin lalu, pihak berkuasa memaklumkan kehilagan seorang wanita berbangsa Melayu bernama Zalina Shaharah Azman berumur 58 tahun.
Fizikal Zalina turut dinyatakan sebagai berkulit hitam manis, bertubuh kecil selain alamat terakhirnya di Seksyen 3, Shah Alam, Selangor.
Anak lelaki Zalina membuat lap0ran tentang kehilangannya sejak 29 November tahun lalu selepas usaha mencari dan menghubungi sejak 24 November lalu gagal bagi memaklumkan bapanya dimasukkan ke h0spital.
Sumber:mst4r