Lewat 2 jam, Tengku Hassanal mohon maaf pada pada aktivis, minta p0lis hentikan si4satan

Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah membuat permohonan maaf kepada Pengerusi Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) Pahang yang dipanggil p0lis semalam kerana did-akwa mengh1na baginda menerusi ciapan dalam Twitter yang kini sudah dipadam.

Tengku Hassanal yang tampil menerusi satu muat naik di IG Story menyampaikan pesanan peribadinya kepada Pengerusi MNS Pahang, Noor Jehan Abu Bakar, di atas kelewatan selama dua jam untuk menghadiri majlis tersebut.

 

 

“Saya memohon maaf yang setulus-tulusnya kerana lambat menghadiri majlis tersebut. Saya tidak sihat pagi itu dan terpaksa mengambil beberapa langkah berjaga-jaga untuk keselamatan semua orang. Saya sangat menghargai masa dan keprihatinan anda, terima kasih.”

Berkongsi lap0ran media mengenai k3s Noor Jehan yang ditah4n polis, Tengku Hassanal turut memaklumkan yang beliau baru mengetahui tentang perkara itu.

Tengku Hassanal turut memohon agar pihak polis dapat melepaskan dan membiarkan Noor Jehan bersendirian.

“Saya baru tahu tentang hal ini, saya dah beritahu polis untuk biarkan dia bersendirian, tolong jangan buat drama.”

Terdahulu, media melap0rkan Pengerusi MNS Pahang itu telah dipanggil oleh pihak polis untuk disoal siasat atas dakw-aan menghina Pemangku Raja Pahang dalam satu ciapan di laman Twitter.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, sia-satan dijalankan mengikut Seksyen 500 dan 500(b) K4nun Kesek-saan kerana kenyataan berunsur f1tnah serta Seksyen 233 Multimedia dan Akta Komunikasi 1998.

Pertuduhan pertama membawa kepada hukuman pen-jara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesa-lahan.

Manakala bagi pertuduhan kedua yang membabitkan penyalahgunaan rangkaian komunikasi membawa hukuman penj-ara maksimum setahun atau d3nda sehingga RM50,000.

 

 

 

 

 

 

Sumber:Buzzkini