Penerbit drama ‘‘Cinta Antara Benua’, “Cinderella”, Mohd Noor Kadir meniggal dunia pagi Jumaat

Bagi peminat drama Melayu bersiri satu ketika dulu, nama Kuasatek Pictures pasti masih segar dengan ingatan kerana
selain menampilkan barisan para artis popular, kebanyakan drama terbitannya di adakan di lokasi luar negara seperti London, New Zealand dan India.

Antara drama terbitan Kuasatek yang popular ialah Cinta Antara Benua, Cinderella, Romeo&Juliet, Salam Taj Mahal dan Cinta Korporat.

Bagaimanapun, selepas itu Kuasatek mengundurkan diri dari dunia seni dan beralih menjadi syarikat kejuruteraan, sebelum kembali menerbitkan beberapa drama selepas lima tahun.

Namun pagi ini dunia seni dikejutkan dengan pemergian ‘tulang belakang’ Kuasatek Pictures, penerbit dan pengarah Mohd Noor Kadir yang meninggal dunia kira-kira pukul 1.57 pagi Jumaat di H0spital Kuala Lumpur (HKL).

Difahamkan Allahyarham, 69 tahun, menghembuskan nafas terakhir akibat kan.aser prostat tahap empat yang dihadapinya.

BH Online melaporkan berita pemergian Mohd Noor dis4hkan oleh rakan baiknya yang juga penerbit, Datuk Yusof Haslam.

Yusof memberitahu Allahyarham pernah menjalani pembedahan jantung bulan lalu namun kembali dimasukkan ke h0spital selepas jantungnya mengalami bengkak selain beberapa komplikasi lain.