Pemilik disenaraihitam seumur hidup, Crackhouse Comedy Club ‘gulung tikar’

Crackhouse Comedy Club yang sebelum ini dilanda k0ntroversi berikutan beberapa video yang tersebar di laman s0sial akhirnya ditutup terus.

Manakala pemilik premis tersebut, Rizal Van Geyzel telah disenarai hitam seumur hidup daripada mendaftarkan lesen perniagaan mana-mana premis di sekitar ibu negara.

Ini diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 29 Julai lalu.

Kelab komedi tersebut sebelum ini dilaporkan terbabit dengan kon-troversi seorang wanita bertudung dan berbaju kurung, menga-ku beragama Islam yang kemudiannya membuka seluruh pakaian tersebut di atas pentas.

Ia kemudian diikuti dengan beberapa penyebaran video dan gambar kontr0versi di dalam kelab tersebut termasuk video pemilik premis menyuruh seorang wanita bertudung membuka tin arak.

Sumber:Kelab Info