“Terlupa sebab bukan acara penting”

Pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad memberitahu walaupun dia kerugian RM2,540 apabila terlepas Konsert Billie Eilish : Happier Than Ever, The World Tour di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, malam tadi, dia tetap bersyukur kerana menerima petanda Allah yang mahu melindungi dirinya dan keluarga daripada perkara melal-aikan.

“Ramai k0men konsert itu sesuatu yang ‘lagha’ (melalaikan). Saya fikir benda sama. Allah mahu elak kami daripada bersama dengan perkara-perkara seumpama itu dan lindungi kami,” katanya.

Nabil yang membeli lima tiket untuk dirinya, isteri dan anak-anak menambah, dia tidak perasan tarikh konsert tersebut kerana menganggap ia bukanlah acara yang penting.

“Betul, saya tidak perasan tarikh konsert kerana bagai saya, acara itu bukanlah sesuatu yang penting.

“Saya beli lima tiket, Rabu lalu bagi memenuhi permintaan anak-anak. Saya memang fikirkan konsert berlangsung dua hari.

“Anak beritahu kawannya pergi malam tadi, jadi, saya sangka tiket kami bagi persembahan hari ini. Saya sebenarnya keliru antara malam Jumaat dengan hari Jumaat,” katanya kepada BH Online.

Nabil berkata, dia membeli tiket untuk lima tempat duduk jauh dari pentas.

“Kami belum pernah menonton konsert. Sebelum ini, kami pernah menyaksikan pementasan di Disneyland.

“Disebabkan anak-anak mahu menonton, saya penuhi permintaan mereka. Saya pergi kerana hendak melihat cara produksi antarabangsa bekerja dan bagaimana konsert itu dikendalikan,” katanya.

Pagi tadi tu-lar dalam media sosial Nabil kelihatan terduduk menghubungi isterinya, Nazira Ayub memaklumkan mereka sudah terlepas konsert Eilish.

Difahamkan, Nabil membeli lima tiket berharga RM508 setiap satu untuk isteri dan tiga anak perempuannya.

Sumber:BH