Kumpulan Floor88 mengaku masuk kelas mengaji, mahu betulkan bacaan dalam solat

Meskipun terlihat seperti ‘gila-gila’, tidak dapat dinafikan lagu-lagu dari Kumpulan Floor 88 yang dianggotai oleh Ayie,Eric Fuzi, Achoi , Akram, Amir dan juga Falique terselit mesej yang berunsur nasihat jika diamati dengan teliti.

Ditubuhkan pada 2017, Floor88 masih berjaya mengekalkan kepopularitian kumpulan mereka sehingga kini .

Namun,tidak mahu terus hanyut dalam nikmat yang dikurniakan Ilahi, kumpulan ini meg4kui yang mereka kini sedang bersama-sama mengikuti kelas pengajian al-Quran.

Meskipun agak terkejut bagaimana ‘aktiviti’ terbaru mereka dapat dihidu wartawan,vokalis kumpulan itu, Ayie berkata, mereka bukanlah mahu berlagak baik, tetapi cuma ingin perbetulkan apa yang mereka silap.

Tambah Achoi pula,yang merupakan gitaris kumpulan Floor88, niat untuk menghadiri kelas mengaji itu hadir selepas terlihat iklan berkaitan di media s0sial.

“Sebenarnya kelas mengaji yang kami sertai ni lebih kepada pembetulan bacaan al-Quran dan dalam masa mempelajari mengenai solat dan sebagainya.

“Kami mahu belajar lebih mendalam mengenai sebutan dalam mengaji kerana setiap bacaan mempunyai sebutan dan makna yang berbeza, jadi kami boleh tahu setiap kesa-lahan dalam bacaan.

“Kami ternampak iklan mengenai kelas khas mengaji ni di media s0sial dan terus ambil keputusan untuk menyertainya bersama ahli yang lain kerana maklumlah usia sudah lanjut jadi agak segan sebenarnya sekiranya nak sertai kelas biasa bersama kanak-kanak,” ujar Achoi lagi.

P/s:Takpelah Achoi, niat tu yang penting sebenarnya. Semoga usaha kumpulan ini untuk meningkatkan kualiti ibadah mereka dipermudahkan. Alangkah bagusnya jika ramai lagi mengambil langkah inisiatif seperti Floor88. Dunia dunia juga, akhirat jangan lupa!

Sumber:MST4R