Takut kasih anak-anak beralih ke pengasuh, ibu muda ini tekad tinggalkan kerja eksekutif, lebih bahagia berniaga nasi tepi jalan

Ibu berkerjaya selalu tersepit antara impian untuk mengejar cita-cita dalam karier dan tanggungjawab sebagai pengurus keluarga.

Namun pada akhirnya anak-anak tetap akan menjadi keutamaan buat si ibu. 

Begitulah juga cerita megenai seorang wanita dikenali sebagai Puteri Azie yang sanggup melepaskan jawatan terakhir sebagai eksekutif kewangan di sebuah syarikat demi kasih sayang kepada anak-anaknya.

Dia yang tular di media s0sial baru-baru ini kerana sanggup berniaga nasi bungkus di tepi jalan walaupun memiliki paras rupa yang cantik, rupa-rupanya menyimpan 1,001 kenangan hidup sepanjang membesarkan 3 orang permata hatinya.

Menceritakan serba sedikit kisahnya, wanita cekal yang berusia 42 tahun itu berkata, segala taggugjawab terpaksa dipikul olehnya seorang diri lantaran suami tersayang meniggal dunia ketika dia sedang mengandungkan anak ketiga mereka.

Tidak betah berpeluk tubuh, apatah lagi mengharapkan simp4ti orang, Azie berkata dia melakukan apa sahaja kerja tambahan demi membesarkan anaknya. 

Dan selalunya apabila pulang dari kerja, dia akan mengambil tempahan nasi kerabu kerana kerja itu yang paling mudah dilakukan dengan anak-anak yang masih kecil.

Awal berniaga, Azie cuma mampu menyediakan 10 tempahan makanan.

Namun segalanya berubah apabila salah seorang daripada anaknya s4kit. Dalam keadaan sedang berbadan dua serta melihatkan anaknya yang s4kit itu tidak mahu dijaga olehnya melainkan dengan pengasuh, membuatkan Puteri Azie terdetik dalam hati jika keadaan ini berterusan,(pergi kerja pagi dan balik petang),dia akan ‘kehilangan’ anak-anaknya pula.

Maka, Puteri Azie tekad berhenti kerja dan bermulalah episod hidupnya dengan menjadi seorang peniaga makanan.

Memilih berniaga di Seksyen 13 Shah Alam, Selangor, ujar ibu tunggal ini, dia memilih untuk berniaga nasi kerabu di sekitar kawasan tempat tinggalnya sahaja.

Jelasnya, pada masa itu, dia mula membuat flyers untuk diedarkan dari pintu ke pintu rumah seolah-olah mempromosikan produk jualan.

“Pertambahan tempahan makanan membuatkan saya terdetik untuk pergi keluar. Semasa membeli burger di Seksyen 13 Shah Alam, saya bertanyakan jika boleh berniaga di situ,” ceritanya.

Menurut anak jati Tanah Merah di Kelantan, urusannya untuk mula berniaga di tepi jalan dipermudahkan.

Malahan, dia dibantu oleh seorang peniaga durian yang meminjamkannya generator, meja dan khemah untuk memulakan jualan.

“Saya tanya peniaga durian dan dia bagi saya berniaga di situ. Siap bagi saya duduk tempat dia.

“Dia cakap guna khemah dan generator dia sebab saya berniaga petang hingga malam. Saya hanya perlu bawa makanan yang nak jual, meja dan kaki meja pun dia bagi.

“Apabila dah berniaga tu, Alhamdulillah bulan pertama saya dapat simpan RM13,000,” katanya yang terpaksa mengendong anak-anak yang masih kecil untuk turut berniaga pada ketika itu.

Bersyukur dengan rezeki yang diberikan, Azie turut merasa gembira kerana hasratnya untuk berada bersama anak-anak tercapai.

Berkat usaha gigihnya, anak pertama dan kedua berjaya melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan.

Gambar kenangan bersama si sulung sebelum melanjutkan pelajaran ke Jerman

“Anak sulung umur 22 tahun, kedua 21 tahun dan ketiga 16 tahun. Saya besarkan anak sendiri sehingga anak sulung berjaya sambung pengajian di Jerman manakala anak kedua belajar di UiTM (Universiti Teknologi MARA) dan anak ketiga masih di bangku sekolah.

“Imbas balik masa mereka kecil, saya memang seorang ibu yang pentingkan pelajaran kerana mahukan mereka berjaya… janji habis sekolah dan Alhamdulillah, mereka dapat kesemua A dalam SPM (Sijil Pelajaran Malaysia).

“Ada yang pernah tanya kenapa saya tak buka kedai, saya jawab sebab nak duduk dengan anak-anak supaya saya tahu mereka pergi mana dan buat apa.

“Selepas balik berniaga dalam pukul 10.30 malam tu, saya akan semak kerja sekolah mereka… pendek kata saya juga menjadi cikgu mereka di rumah dan sering membelikan buku latihan untuk ulang kaji,” katanya.

Meskipun kesemua anaknya sudah meningkat dewasa, Azie tetap memilih untuk meneruskan jualan di tepi jalan.

Malah dia mengakui enjoy dengan corak berniaga seperti itu yang tidak serabut dan lebih mudah untuk bersama keluarga.

Sehingga kini, sudah 16 tahun Azie mencari rezeki dengan menjual nasi kerabu, nasi berlauk dan nasi lemak.

Berkongsi ‘rahsia’ kekal awet muda, ujarnya, dia hanya mengamalkan pengambilan jamu dan kopi khas selain tidak membiarkan diri berada dalam keadaan stres dengan urusan yang tidak berkepentingan.

Terdahulu, videonya tular di aplikasi TikTok dan ditonton hampir 500,000 pelayar.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: mst4r