Dulu kemunculannya pernah menarik perhatian peminat seni tanahair kerana ketaksuban nya kepada penyanyi Ziana Zain.
Dari gaya berpakaian, cara menyanyi , dia bagaikan tidak kisah menjadi ‘bahan’ ketika itu. Malah dia bangga apabila diberi gelaran klon Ziana Zain.
Namun selepas kembali kepada fitrah, Nik Aidi Azhar Che Seman terus hilang dari menjadi topik berita seni.
Hanya selepas 2 tahun, kemunculan klon ‘Ziana Zain’ itu di konsert Gegar Vaganza menarik perhatian penonton.
Nik Aidi ketika ditemui Gempak pada konsert minggu keempat GV9 baru-baru ini berkata dia bukanlah seorang yang ‘daha.gakan perhatian’ seperti yang did4kwa sege.lintir netizen.
Sebaliknya, Nik Aidi memberitahu dia sudah lama hadir di setiap konsert GV sejak musim ketiga lagi kerana ingin memberi sokongan kepada artis-artis Malaysia.
“Memang saya datang GV untuk support penyanyi-penyanyi Malaysia. Sebelum ini, saya support Intan Sarafina tapi lepas habis GV3 itu saya balik kampung.
“Dua tahun saya men.yepi sebab jaga arw4h ayah yang s4kit di kampung dan masa itu saya kerja kilang.
Sebab lama dah menyepikan diri, saya kembali nak sokong artis Malaysia.
“Tak ada nak tarik perhatian orang. Tapi kalau ada orang yang support saya, terima kasih… Alhamdulillah. Biasa la, lumrah kalau ada orang tak suka dan suka.
“Tapi saya ini tetap suka dengan semua orang. Artis Malaysia pun baik dengan saya, macam Dina, Tomok, termasuk Siti Nurhaliza dan Ziana Zain yang kalau jumpa saya teg.ur tanya khabar,” katanya kepada Gempak.
Berkongsi mengenai kehidupannya, Nik Aidi berkata dia mula berhijrah ke Kuala Lumpur dan bekerja sebagai ‘cleaner’ pada 1996 di Majlis Sukan Negara.
“Saya berasal dari Kelantan dan berpindah ke KL untuk bekerja pada 1996 dan bermula kerja sebagai cleaner di Majlis Sukan Negara. Masa itu dapatlah saya jumpa dengan ramai atlet Malaysia.
“Saya kerja cuci dan bersihkan pejabat. Dulu gaji saya hanya RM450 sahaja,” katanya lagi
Ketika ditanya mengenai imej nya yang pernah tular suatu ketika dulu, Nik Aidi meng.akui penampilannya yang menyerupai wanita se.ksi itu pernah mendapat teguran daripada pengacara Nabil Ahmad.
“Dulu abang Nabil pernah te.gur saya sek.si… saya memang sek.si te.ruk dulu tapi sekarang ini, kita pun dah berumur. Ta.kut juga tengok ramai yang dah men1ngg4l. Kita dekat dunia pun bukan lama pun,” katanya lagi.
Semoga Nik Aidi tetap istiqamah dan sentiasa dalam lindungan dan rahmat dari Allah SWT.
Sumber: GEMPAK