Yusof Wahab nafi merajuk dengan dunia seni, bakal wakil Malaysia dalam M4rtial Arts Competition di China

Bagi peminat drama dan filem Melayu era 90an pastinya mengenali pelakon yang sinonim dengan watak aksi mempertahankan diri silat tradisi Melayu iaitu Yusof Wahab.

Kehebatannya bersilat membuatkan Yusof pernah diiktiraf sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Festival Filem kelapan pada 1989 melalui filem Anak Sarawak.

Namun kehadiran ramai pelakon baru yang tumbuh bak cendawan selepas hujan membuatkan pelakon senior ini bagai teggelam dari radar dunia seni.

Bagaimanapun, Yusof,61, mengak.ui tidak pernah merajuk dengan dunia seni.

“Tiada istilah merajuk pun. Saya sebenarnya tidak pernah meninggalkan bidang seni dan jika ada tawaran yang bersesuaian, pasti diterima.

“Cuma buat masa ini saya tidak mengarah atau berlakon. Kali terakhir saya berlakon menerusi drama Bomoh Temberag. Itupun untuk beberapa babak saja.

“Ada produksi tawar berlakon, tapi orang dah tua macam saya, nak berlakon watak apa. Nak berlakon buat roti canai tak tahu. Kalau berlakon untuk silat, mungkin saya akan terima,” katanya.

Yusof yang menggunakan nama Haadji Maa Hayu dalam pengarahan, baru-baru ini terbabit dalam penggambaran video seni mempertaha.nkan diri, silat yang berdurasi 10 hingga 15 minit.

Ia sebagai syarat penyertaan pertandingan Seni Memperta.hankan Diri (M4rtial Arts Competition) yang akan berlangsung di Linyi, Shandong, China pada tahun depan.

“Alhamdulillah saya diberikan peluang untuk mempamerkan aksi silat bagi mewakili Malaysia selepas pengerusi dan penerbit NQ Cultural Commercial (NQCC) Sdn Bhd, Dr Mazlan Goh Ahmad Goh melihat ak.si silat lakonan saya dalam filem Anak Sarawak.

“Nama syarikat NQCC cukup dikenali di China kerana banyak program terbitannya ditayangkan di saluran CCTV iaitu China Channel TV sejak sekian lama.

“Jadi, bersandarkan populariti dan kemampuan NQCC, Mac lalu, Dr Mazlan diundang untuk menyertai Pertandingan Seni Memperta.hankan Diri (M4rtial Arts Competition) yang diadakan setiap tahun di negara itu,” katanya.

Menurutnya, Dr Mazlan amat mengagumi keindahan seni silat Melayu dan mengambil keputusan membawanya ke pentas luar dari Malaysia.

“Bila Dr Mazlan dapat tawaran dari China untuk pertandingan wushu (seni bela diri) dan minta carikan orang yang boleh ajar mengenai silat, saya tertanya-tanya juga apa kena-mengena dengan silat.

“Saya beritahu dia, untuk mahir silat bukan dalam tempoh cepat. Bukan juga dalam tempoh dua tiga bulan, malah ambil masa dua tiga tahun pun belum tentu.

“Bila Dr Mazlan tengok lakonan saya dalam Anak Sarawak, dia tertarik. Dari situ mulanya saya terbabit dengan dia yang menyertai pertandingan ini atas tiket persembahan silat,” katanya.

Yusof berkata, dia bertanya juga kenapa tidak memilih seni mempertahankan diri lain, tetapi Dr Mazlan memaklumkan penyertaannya bukan untuk menang, tetapi bermatlamat nak memperkenalkan seni silat Melayu.

“Rupa-rupanya dia ada perancangan panjang sebab pada masa akan datang dia ada projek mengenai filem silat. Katanya, biar dari sekarang orang di China melihat apa itu silat.

“Itu sebabnya saya terbabit dengan projek ini,” katanya yang masih tangkas memperagakan aksi silat dalam penggambaran di Istana Lama Sri Menanti, Sri Menanti, Negeri Sembilan itu.

Untuk rakaman video ini, Yusof mempamerkan empat jenis silat iaitu Kalung Jawa, Gayung Jawa, Pelanduk Tunggal dan Tapak Cemendir.

Yusof juga merupakan tenaga pengajar kepada beberapa murid yang berminat mempelajari ilmu persilatan Melayu.

“Asas silat, saya kutip sejak usia lapan tahun dan saya bersilat sampai sekarang. Cuma, kini saya ada mengajar empat hingga lima murid saja. Sekadar nak wariskan tari silat dan pencak silat yang lebih kepada r4hsia permainan,” katanya.

Sumber:HM