Fauzi Nawawi n4fi merajuk sampai bawa diri ke Sabah, rupanya ini yang terjadi

Pelakon berkaliber Fauzi Nawawi menrfikan dirinya mer4juk dengan industri hiburan sehingga mahu membawa diri ke Sabah seperti mana yang pernah menjadi bualan ramai sebelum ini.

Menurut Fauzi, 49, dia sekadar mengambil tempoh bertenang dan menguruskan perniagaan di sana selepas insiden dikec.am teruk gara-gara terlepas cakap semasa terlibat dalam sebuah program televisyen.

“Bukanlah merajuk! Ketika itu saya rasa bawa diri dahulu untuk bertenang seketika. Saya telah memohon maaf atas kesil.apan sebelum ini dan mengak.u silap.

“Saya ke Sabah untuk menguruskan sebuah perniagaan di sana dan ia masih bertahan sehingga sekarang. Bagaimanapun disebabkan kekangan masa dan komitmen di sini saya tidak boleh untuk terus tinggal di sana.

“Saya juga tidak mungkin tinggalkan industri seni kerana ini adalah jiwa saya. Ada ura-ura kononnya nama saya digam tapi tidak ada sebarang surat rasmi mengatakan sebegitu. Syukur masih lagi menerima tawaran sehingga hari ini,”.

Pada Oktober tahun lalu, Fauzi menerima kec4man selepas berkongsi mengenai pengalaman menjayakan babak rog0l ketika terlibat dalam sebuah program temu bual.

Mengambil iktibar daripada kejadian itu, Fauzi berjanji akan lebih berhati-hati dalam setiap percakapan di masa akan datang.

“Sepanjang 25 tahun dalam industri itulah kec4man paling teruk pernah saya lalui. Maklumlah sebelum ini tiada media s0sial, tetapi sekarang orang boleh kecam melalui medium sebegitu.

“Apa yang berlaku membuatkan saya sedar sebenarnya ramai yang menantikan kejatuhan seseorang. Saya juga tahu tidak semua suka kita sebagai pelakon. Saya akan lebih berhati-hati selepas ini dan menjaga lidah ketika berkata-kata.

“Saya juga tidak takut kalau nama kena b4nned sebab percaya ada rezeki lain. Jika tidak diterima dalam dunia seni ini lagi, saya tetap akan berusaha mencari rezeki selagi masih bernafas,” ujarnya.

Atas dasar kebi.mbangan terhadap masa depannya dalam bidang seni membuatkan pelakon ini bakal membuka perniagaan makanan dalam masa terdekat.

Fauzi, 49, atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Mohd Nawawi berkata, statusnya yang kini sudah bercucu membuatkannya berfikir panjang mencari sesuatu yang lain dalam hidupnya.

“Saya lebih banyak berfikir ke arah itu. Tambah lagi jika nak berlakon sesuatu watak terutamanya watak jahat. Saya terfikir mendalam kerana ia akan bagi kesan dulu pada anak dan sekarang cucu.

“Watak yang dapat sekarang pun bapa-bapa dan yang baik-baik kerana watak jahat dah kurang. Tawaran begitu pun dah kurang yang datang.

“Bila ia kurang, saya perlu buat persiapan ke arah kerjaya lain seperti persediaan dengan isteri untuk buka kafe di Bukit Bintang,” katanya.

Menurutnya, mereka kini dalam persediaan untuk melancarkan kafe itu selewat-lewatnya hujung bulan ini atau awal Januari tahun depan.

“Konsep makanan nanti ialah masakan Semenanjung dan dari Sabah. Resipi makanan Semenanjung adalah daripada isteri saya sendiri,” katanya.

Fauzi melahirkan perasaan teruja untuk memiliki kafe sendiri terutamanya apabila melihat kejayaan orang lain dalam perniagaan makanan.

“Jika tiada tawaran berlakon sekurang-kurangnya saya boleh buat sesi live Instagram dan TikTok dengan peminat. Pada masa yang sama, bila ada kedai makanan, kami boleh banyak bersedekah kepada golongan yang memerlukan,” katanya.

 

 

 

 

 

Sumber:mst4r