Hampir 10 tahun menanti zuriat, Hidayah tak sedar sedang hamil 8bulan!

Bila Tuhan berkehendak, tiada apa yang menghalangnya. Buat pasangan suami isteri, Nor Hidayatul Ilham Mohd Kamaruddin, 28, dan Helmy Hafiz Ab Aziz, 33, mereka akhirnya bergelar ibu dan bapa kepada seorang cahaya mata perempuan 3 Disember lalu, setelah 8 tahun menunggu.

Ajaibnya, kehadiran anugerah yang diberi nama Nur Medina Ilham itu hanya disedari Nor Hidayatul setelah kandungannya berusia 8 bulan!

“Sekitar Mac dan April lalu, saya kerap tidak sih4t kerana dijagkiti C0vid-19, mu.ntah-mu.ntah juga pening kepala, tetapi tidak terfikir ia diseb4bkan h4mil memandangkan sudah dua tahun tidak datang haid.

“Awal Oktober lalu, saya dapat rasa ada pergerakan pada perut dan bertanyakan pada ibu saudara. Namun dia mengandaikan saya lapar kerana kebetulan sedang dalam fasa diet ketika itu.

“Saya bertanyakan pula kepada seorang lagi ibu saudara yang bekerja sebagai jururawat.

“Dia dapat merasakan saya hamil selepas mengusap perut saya.

“Bagi mendapatkan kepastian, saya lakukan ujian kehamilan sendiri dan terkejut apabila didapati positif hamil. Tengah hari sama, saya pergi ke klinik untuk imbasan dan mendapati kandungan sudah memasuki usia 32 minggu,” katanya ketika dihubungi.

Akui Nor Hidayatul, dia sebak selepas diberitahu d0ktor berita gembira itu kerana sudah lama dia dan suami, Helmy Hafiz menginginkan zuriat.

Katanya, keham ilan itu memang di luar jangkaannya kerana selepas berkahwin, berlaku perubahan hormon yang menyebabkan tempoh datang haidnya tidak stabil.

“Dua tahun pertama perkahwinan, saya ikut saranan doktor untuk hamil, tetapi tiada rezeki kerana berat badan makin bertambah menyebabkan hormon semakin tidak stabil.

“Doktor selalu beri cadangan untuk saya diet dan turunkan berat badan cuma saya baru memulakannya awal tahun ini.

Apapun, Nor Hidayatul Ilham bersyukur kerana doanya dan suami untuk menimang cahaya mata seperti pasangan lain dimakbulkan Allah SWT.

“Terima kasih juga kepada yang mendoakan terutama selepas rakan saya, Shamimi Shamimi Shamsudin muat naik video di TikTok,” katanya yang turut mendoakan pejuang garis dua lain dikurniakan cahaya mata sepertinya.

Sumber:HM