Gara-gara selfie, wanita m4ut ketika pertandingan Tarik Tali

Pertandingan tarik tali anjuran persatuan alumni sebuah universiti berakhir dengan tr4gedi selepas salah seorang peserta m4ut akibat kepalanya terhentak pada pembahagi jalan konkrit.

Difahamkan pada kejadian Ahad itu, tali yang digunakan dalam acara anjuran Ikatan Alumni Universiti Hasanuddin (Ika Unhas), Makassar, Indonesia itu terputus ketika ditarik.

Menurut salah seorang peserta, Muh Fahmi Erwin berkata, tali sepanjang 1.54 meter yang terbentang dari Jalan Ratulangi hingga Jalan Jendral Sudirman secara tiba-tiba terputus menyebabkan mangsa terpel4nting sebelum rebah di atas jalan dengan kepalanya berd4rah akibat terhentak pembahagi konkrit,”

 

Mangsa dikenali sebagai Masyita dan merupakan Ketua Rukun Tetangga Keluharan Ballaparang, Makassar.

Sementara itu, Jawatankuasa Ika Unhas, Mursalin berkata, tiada unsur cuai dalam kejadian itu.

Menurutnya, mangsa tertarik apabila tali yang direntangkan itu direntap secara kuat.

Ketika itu, katanya, mangsa sedang berswafoto dengan orang sekeliling sambil memegang tali berkenaan.

“Dia tengah selfie dengan para peserta wanita lain, pegang tali sambil selfie jadi sebelah tangan pegang tali macam tu.

“Tiba-tiba tali direntap dan mereka jatuh serta terseret ke atas jalan. Jadi tidak ada unsur kesengajaan,” katanya seperti dilaporkan TribunMakassar.com.

Sementara itu Ketua P0lis Daerah Ujung Pandang, Komisaris Syarifuddin menegaskan pertandingan tarik tali itu tidak mempunyai permit untuk beroperasi.

“Sebenarnya kami tidak tahu mengenai acara ini kerana tiada makluman kepada p0lis.

“Jadi p0lis tidak turut serta dalam mengawasi acara tersebut,” katanya.

Selain menyebabkan seorang m4ut, insiden tersebut turut mengakibatkan 11 peserta ced3ra.

Pertandingan itu disertai 5,000 peserta yang dibahagikan kepada dua kumpulan.

 

 

Sumber: Majoriti