Rohana Jalil kritikal di ICU

Seperti yang dimaklumkan oleh rakan baiknya, penyanyi Datin Salwa Abd Rahman, penyanyi popular era 1980-an, Rohana Jalil, 68, kini dilaporkan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU), H0spital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tanpa diketahui penyakit, sejak semalam.

Salwa berkata, dia juga terkejut ketika dimaklumkan juara Bintang RTM 1980 itu berada dalam kritikal di ICU sejak semalam.

Namun, katanya, doktor masih melakukan pemeriksaan dan pemantauan mengenai penyakit dihidapinya memandangkan penyanyi lagu Rayuanku itu tidak pernah alami peyakit serius sebelum ini.

“Jaafar Onn ada menunjukkan gambarnya bersama Rohana ketika mengadakan persembahan di Plaza Shah Alam pada Ahad lalu.

“Bagaimanapun, Jaafar beritahu ketika sedang menyanyi, Rohana tidak boleh berdiri secara tiba-tiba.

“Rohana nak duduk dan terus berada dalam keadaan lemah. Saya memang terkejut kerana mengenalinya, Rohana seorang yang aktif dan jarang sakit.

“Semalam, saya mendapat khabar keadaan Rohana kritikal dalam ICU dengan penyakit yang belum diketahui,” katanya lagi.

Ketika Rohana dikejarkan ke h0spital, kelmarin, anak-anaknya masih merahsiakan daripada pengetahuan sesiapa sehinggalah keadaan beliau semakin kritikal, anak-anaknya mula berkongsi perkembangan kesihatan Rohana dan minta mendoakan kesembuhan.

“Pelawat tidak dibenarkan melawat Rohana, buat masa ini. Ini kerana Rohana masih dalam ICU dan bernafas menggunakan bantuan oksigen.

“Saya dengar Rohana sudah ada tindak balas sedikit, namun keadaannya masih lemah dan dalam pemantauan, semalam,” katanya.

Mengulas fizikal Rohana yang semakin kurus, Salwa berkata, dia tidak mengetahui jika Rohana mempunyai penyakit, memandangkan aktif dan sentiasa cergas.

 

“Beberapa bulan lalu, saya dan Rohana berada di Brunei hampir sebulan.

“Saya tidak nampak Rohana alami apa-apa s4kit sepanjang di sana. Saya percaya Rohana mengawal pemakanan demi menjaga kesih4tan.

“Saya tidak bertanya kerana melihatnya sentiasa sihat dan cerdas, cuma fizikal kurus.

“Jadi, saya mohon kita sama-sama mendoakan Rohana kembali sembuh. Saya berhasrat melawat Rohana, cuma menunggu maklum balas anak-anaknya,” katanya.

Terdahulu, Rohana atau nama sebenarnya, Dara Abdul Jalil memulakan karier sebagai penyanyi sejak usia 17 tahun pada 1979.

Sebelum itu, penyanyi kelahiran Kota Tinggi, Johor itu memulakan kerjayanya sebagai gadis kilang sekitar 1970-an, sebelum menukar kerjaya nyanyian apabila ditawarkan menyertai band D’ Suria dengan mengadakan persembahan di ekspo dan fun fair.

Berbekalkan pengalaman menyanyi ekspo dan fun fair, Rohana mencuba nasib dalam pertandingan Bintang RTM 1976, tetapi tuah tidak menyebelahinya apabila kecundang.

Namun, Rohana tidak berputus asa dan mencuba sekali lagi nasib dalam Bintang RTM, empat tahun kemudian.

Akhirnya, Rohana dinobatkan sebagai juara Bintang RTM 1980, sebelum dilamar syarikat rakaman, AB Records.

Rohana muncul dengan album pertama, Rintik-Rintik Hujan, tetapi album itu tidak mendapat sambutan. Kemunculan album kedua, Masih Dalam Ingatan juga mengecewakan.

Namun, kejayaan ibu kepada tiga cahaya mata mendapat tempat ketiga Persembahan Terbaik dalam Juara Lagu TV3, mengambil alih tempat Datuk Jamal Abdillah (menerusi lagu Cinta Yang Terbiar) berjaya membawa banyak pembaharuan.

Kemunculan Rohana bersama album Rayuanku terbitan A Ali membawa tuah apabila mendapat sambutan hangat.

Selain itu, lagu sentimental duet Rohana dan To’ki, Naluri Cinta juga melonjakkan populariti Rohana pada era 1990-an.

 

 

 

 

 

Sumber:BH