Buah pinggang bernanah, Connie dimasukkan semula ke hospital

Pelakon popular era-1980 an, Norlida Ahmad atau Connie dilap0rkan kembali dimasukkan ke H0spital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban, Negeri Sembilan, semalam atas masalah kesi.hatan yang dihidapinya.

Berita itu dikongsikan anak tunggalnya, Ally Marisha Afrina Abdullah yang memaklumkan ibunya dibenarkan pulang pada 10 September lalu selepas sebulan dir4wat di hospital.

Bagaimanapun, disebabkan keadaan kesihatan aktres itu masih belum baik, dia menghantar Connie semula ke h0spital bagi mendapatkan rawatan.

“Selepas keluar hospital, keadaan ummi masih tak okay. Jadi, ummi dimasukkan semula ke hospital, semalam.

“Nanah pada buah pinggang ummi semakin membesar sehingga 12 sentimeter.

“Jadi, doktor akan memulakan raw.atan hari ini menggunakan antibiotik yang baru selama 12 hari. Doktor akan cuba keluarkan nanah berkenaan.

“Jika tidak berkesan barulah doktor akan pertimbangkan untuk buat pembedahan membuang nanah berkenaan,” katanya.

Difahamkan Connie pernah menjalani prosedur membuang nanah sebelum ini, tetapi terpaksa dihentikan berikutan berlakunya k0mplikasi.

“Doktor sempat buang tiga sentimeter nanah sahaja, tetapi terpaksa dihentikan kerana terlalu keras dan prosedur ini juga agak membahayakan.

“Ummi sekarang masih boleh berjalan, cuma keadaannya lemah dan kembali demam,” katanya.

Antara filem lakonan Connie yang masih diingati sehingga kini ialah seperti Marah-marah Sayang, Tujuh Biang Keladi, Suara Kekasih, Awang Spanar  dan banyak lagi.

Connie mencapai tahap yang paling popular sekitar tahun 1988 sehingga dipilih oleh peminat hiburan tempatan sebagai Pelakon Filem Wanita Popular menerusi Anugerah Bintang Popular (ABP) pada tahun 1989.

Populariti Connie kekal dengan menerima anugerah Pelakon Pembantu Filem Popular dalam ABP 1990.

 

 

Sumber: Kosmo Online