Imran Bard buat ‘menu biasa’ jadi makanan mewah

Selepas sound video “Gwenchana”nya mendapat perhatian hingga digunakan oleh sebuah taman tema di Korea, kini pempengaruh popular Imran Bard sekali lagi mencuri perhatian netizen dengan karya seninya yang terbaru.

Umum mengetahui bahawa Imran sememangnya pandai memasak,tetapi ramai yang tidak mengetahui bahawa pemilik nama sebenar
Muhammad Al Imran Badaruddin ini berkelulusan dalam seni kulinari.

Maka tidak hairan lah apabila menerusi platform laman sosialnya, Imran Bard berkongsi beberapa menu harian rakyat Malaysia seperti pisang goreng, jemput-jemput pisang serta lempeng yang  terlihat mewah hasil sentuhan beliau.

Pisang goreng bersama sambal kicap

Lempeng dan sambal sardin

Jemput-jemput pisang

Kek harijadi Imran ini hanya dari kek pisang 

“Mat Saleh tengok ni mesti ingat betul-betul makanan fine dining kan” – komen salah seorang netizen.

The total would be RM213.50” – tulis pengguna Nelysa_Norazlan.

Bukan itu sahaja, malah hasil karya Imran Bard ini turut mendapat perhatian dari beberapa selebriti tanah air.

Wow lempeng kayangan ” -komen dari pelakon Nazim Othman.

Fine dining cekodok pisang“- dari aktres Ummi Nazeera.

Imran Bard juga tidak lokek berkongsi video cara penyediaan “menu mewah” tersebut di s0sial medianya.

Menyingkap kisah popularitinya, Imran berkata dia tidak menyangka akan dikenali sehingga ke tahap ini.

Semuanya bermula apabila dia melihat rakannya menggunakan aplikasi TikTok.

“Mula-mula saya tengok kawan main TikTok. Sebelum itu, saya tak pandang pun (TikTok).

“Tengok kawan main TikTok kemudian blow up (meletup). Jadi, saya pun terpanggil nak main (TikTok). Saya cuba, mana tahu rezeki kita pula dapat naik (terkenal),” ujarnya yang berketinggian 180 sentimeter.

Selain popular mendadak dalam TikTok, Imran turut mengecap populariti drastik dalam YouTube.

Sehingga kini, jumlah subscriber YouTube Imran sudah mencecah 451,000 orang.

Ini yang dikatakan tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Semoga terus berjaya Merang!

 

 

 

Sumber: IG Imranbard