Wanita temui ajal ketika latihan senamrobik

Apabila ajal menjelma, ia tidak akan lambat walau sesaat.

Begitulah yang terjadi kepada seorang peserta senamrobik wanita yang dilap0rkan meninggal dunia semasa menjalani latihan senamrobik di Surabaya, Indonesia dalam kejadian pada Rabu.

Insiden tersebut sempat dirakam oleh rakannya yang berada di tempat kejadian sebelum dikongsikan di media s0sial hingga menjadi tular.

Difahamkan, latihan yang dikenali dengan nama Senam Gemoy tersebut adalah sebagai persiapan bagi menyokong gandingan calon Presiden dan Naib Presiden, Prabowo Subianto dan Gibran Rakabuming dalam kempen Pilihan Raya Presiden Indonesia.

Berdasarkan video itu, kelihatan wanita tersebut yang memakai kemeja putih dan bertudung biru bergerak mengikut rentak muzik yang kuat dengan penuh semangat.

Tidak lama kemudian, kesihatan gerakannya mula perlahan, namun rakannya menyangka wanita tersebut hanya keletihan dan ingin berehat seketika.

Dalam keadaan lemah, wanita itu kemudian dilihat perlahan-lahan terduduk dan akhirnya meniggal dunia sejurus selepas itu.

Belum ada kenyataan daripada keluarga mangsa mahupun penganjur berhubung insiden itu setakat ini. 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: maj0riti