Selepas melalui pelbagai komplikasi sepanjang kehamilan, penyanyi Tom selamat melahirkan bayi perempuan secara pembed4han di Hospital Sungai Buloh pada pukul 2.30 awal pagi tadi.
Lebih mengujakan, Tom atau nama penuhnya Raja Farah Afzan Raja Ikram, 38, tidak merahsiakan wajah comel dan bayi perempuannya yang diberi nama Anggun itu.
“Saya sudah cuba bersalin normal tetapi terpaksa melakukan pembedahan sebab banyak komplikasi.
Penyanyi itu bersyukur kerana kali pertama dikurniakan anak perempuan.
Dia juga teruja melihat keseronokan suaminya yang juga penyanyi, Fuad Rahman teruja menerima anak perempuan.
“Anggun manja dengan bapanya. Syukur dapat lahirkan bayi perempuan untuk Fuad,” katanya lagi.
Tom sebelum ini pernah berkongsi mengalami beberapa kompilikasi seperti gula dalam d4rah tinggi, berat badan kurang dan bayi agak besar sehingga disarankan untuk bersalin lebih awal.
Terdahulu, Tom dan Fuad yang juga merupakan bekas peserta Gegar Vaganza musim kesembilan selamat mendirikan rumah tangga di Batam, Indonesia pada 25 Februari tahun lalu.
Sebelum ini, Tom pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki.
Sumber: mst4r