Zara Zya terpalit k0ntroversi salah guna duit NGO

Belum pun setahun memiliki kereta idaman, kegembiraan aktres jelita, Zara Zya yang memiliki kereta mewah bernilai RM400,000 itu telah mencetuskan sensasi.

Walaupun sesetengah netizen mengagumi kejayaan pelakon yang mengukir nama menerusi drama Love You Mr Arrogant itu memperoleh kereta idaman hasil daripada titik peluh sendiri, tidak kurang ada juga yang mengec-am tind4kan aktres berusia 37 tahun itu berkongsi dalam media sosial, baru-baru ini, kononnya mahu menunjuk-nunjuk kereta mewah dimiliki.

Ada pula beranggapan wanita kelahiran Lenggong, Perak itu sebagai membazir kerana membeli kereta mewah bernilai hampir setengah juta ketika ramai yang terkesan dalam era p4ndemik COVID-19.

Namun dalam banyak-banyak kritikan yang diterima nya, paling hangat apabila dia dituduh menggunakan wang badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia Prihatin yang ditubuhkan, tahun lalu.

Mengajukan soalan itu kepada Zara, pelakon Korban Kasih ini mengaku tidak menduga perkongsian mengenai pembelian kereta baharu dalam media sosial tular.

“Bagi saya, IG adalah platform untuk berkongsi apa sahaja. Jadi, rasanya tidak salah jika saya berk0ngsi apa sahaja dalam akaun media s0sial. Namun, saya saya tidak terfikir pula ia menjadi tular.

“Jika ingin menunjuk-nunjuk, sudah tentu sebaik sahaja dapat kereta saya terus muat naik dalam IG. Saya hanya berbuat demikian selepas jurujual kereta mem-uat naik gambar saya terlebih dahulu di Instagram (IG),” katanya seperti dipetik BH Online.

Mengenai dakwaan konon Zara menyal-ahgunakan wang NGO ditubuhkan untuk kepentingan peribadi, Zara berkata:

“Biasalah, mulut netizen. Kalau ikutkan, tidak hanya soal kereta sahaja yang mereka suka bercakap, tetapi ada sahaja perkara hendak dipertikaikan.

“Namun, jika ada yang menuduh saya guna duit NGO, ini memang mela-mpau. Saya beli kereta dengan hasil titik peluh saya.

“Jadi, tolonglah rasional sedikit dan jangan kaitkan mengenai NGO. Ini kerana ia boleh mer0sakkan reputasi dan mencet-uskan salah faham.

Zara berkata, selain bayaran lakonan dan aktiviti seni, dia juga mengusahakan perniagaan pembinaan menerusi syarikat FZA Utama Sdn Bhd sebagai sumber pendapatan.

“Hendak kata kumpul duit beriya-iya, itu tidaklah. Tetapi, saya meletakkan sasaran memiliki kereta ‘sport’. Secara kebetulan, ada rezeki dikurniakan dan mampu membeli kereta ini.

“Jadi, saya ‘sambar’ sahaja kereta yang menjadi idaman sejak dahulu. Saya tidaklah mengumpul duit hingga perkara lain terabai,” katanya.

Bagi saya, orang mengata, itu perkara biasa. Namun, jangan pertikaikan rezeki yang Allah hendak beri pada saya,” katanya.

 

 

Sumber:BH