Berjaya jimat duit setelah setahun berhenti merokok, lelaki ini bawa keluarga bercuti pertama kali ke luar negara

Tidak dapat dinafikan, tabiat merokok sememangnya boleh menyebabkan ketagihan dalam diri seseorang. Amalan yang didominasi oleh kaum lelaki ini agak sukar untuk dijauhkan tambah-tambah lagi bagi mereka yang sudah berpuluh tahun lamanya menjadi perokok.

Begitu juga pengakuan daripada salah seorang perokok tegar, Mohd Firdaus yang telah berkongsikan pengalaman sepanjang menjadi perokok tegar sehinggalah berjaya meloloskan diri daripada terus berada dalam ketagihan. Berikut merupakan perkongsian khas daripada Firdaus sendiri buat inspirasi para perokok di luar sana.

28 Sep 2017 – 28 Sep 2018Alhamdulillah genap setahun dah stop smoking dgn izinNYA. Bersyukur sangat kerana menjadi…

Posted by Mohd Firdaus on Friday, September 28, 2018

Menurut ayah kepada tiga orang anak ini, dia telah mula merokok sejak berumur 15 tahun sehinggalah 35 tahun. Antara jenama rokok yang sering menjadi pilihannya adalah Dunhill Red, Winston Red & Marlboro menthol.

Impiannya untuk berhenti merokok muncul apabila merasakan ada sesuatu yang tidak kena terhadap dirinya dan kerana itulah dia ingin membuat perubahan bermula dengan cara menjauhkan diri daripada rokok.

Mengakui mengalami kesukaran untuk mengurangkan bilangan batang rokok yang diambil dalam masa sehari, semua itu memerlukan semangat jiwa yang tinggi terutamanya bagi 2 minggu yang pertama.

Setelah genap setahun berehenti merokok, Firdaus mengakui banyak perubahan yang positif datang dan ia amat sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.

 

“Dari segi kesihatan, tiada lagi batuk, demam tonsil ataupun kesukaran untuk bernafas. Sebelum ini, saya pernah disarankan untuk menjalani pembedahan tonsil dan ianya sudah tidak diperlukan lagi disebabkan keadaan saya yang semakin sihat.”

 

Firdaus juga mengakui bahawa dia merasakan hubungannya dengan Allah semakin kukuh dan mudah untuk melaksanakan ibadah. Jiwanya juga lebih tenang kerana tidak perlu bersusah payah mencari tempat untuk merokok sebaik sahaja selesai makan ataupun semasa berada di tempat awam.

Firdaus juga membongkarkan keuntungan yang dia miliki setelah berhenti merokok.

 

“Sehari untung RM17, sebulan untung RM510 dan setahun saya RM6120. Berhenti saja dari merokok, first time saya dapat bawa keluarga bercuti. Kewangan juga lebih terancang sehingga dapat merasa tidur di hotel mewah dan tak kisah untuk berbelanja sakan setiap kali bercuti.”

 

Dalam entri terakhir perkongsiannya itu, dia juga menggesa agar semua perokok di luar sana cuba untuk berhenti merokok kerana tiada seorang pun di dunia yang dapat menyenaraikan kebaikan yang diperolehi apabila merokok.

 

Sumber : FB Mohd Firdaus 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: http://www.ohmymedia.cc/