Reunion kini bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan. Dengan wujudnya media-media sosial , komunikasi menjadi lebih mudah dan seterusnya Reunion dapat dijalankan dengan jayanya.
Pada kebiasaannya, reunion dilakukan di hotel, homestay dan juga rumah persendirian.
Tetapi lain pula pendekatan yang dilakukan oleh sekumpulan bekas pelajar Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat,Kelas Kejuruteraan 1 tahun 96/97.
Setelah 20 tahun terpisah, mereka membuat kelainan dengan mengadakan reunion pertama mereka dengan ber-hiking ke puncak Gunung Datuk, Negeri Sembilan!
Idea asal yang hanya ‘suka-suka’ akhirnya direalisasikan dan lebih manis ia mendapat sambutan walaupun pada awalnya ada yang agak skeptikal untuk meneruskan misi ‘reunion’ mereka ini.
Tshirt reunion juga turut mendapat tajaan. Wah, bertuah sungguh!
Ketika ditanya mengapa memilih aktiviti hiking,salah seorang peserta,Mohd Zafelin bin Ihsan memberitahu team DTK , ianya untuk menguji sejauh mana kesanggupan dan semangat setia kawan setelah lama tidak berjumpa.
“Kalau buat di hotel atau dewan, cuma akan ada makan-makan, ambik gambar. Lepas tu balik. Itu saja. Sedangkan masa di sekolah dulu banyak aktiviti yang kita lakukan bersama kawan-kawan. Contohnya main bola. Tapi kalau nak buat main bola, berapa orang je boleh join?
Dengan hiking kami tak perlu risau nak fikir budget sewa tempat ,makanan dan sebagainya. Lagi best,last minute pun boleh join. Jadi,sebab itu kami memilih untuk hiking.
Tambahan pula aktiviti macam ni bukan selalu dapat buat. Masing-masing dah berkeluarga dan menetap di merata tempat. Jadi,alang-alang dapat jumpa, biarlah buat sesuatu lain dari yang lain. Lepas ni tak tau dapat jumpa lagi ,jadi sekurang-kurangnya ada kenangan di antara kami,” ujar Zafelin dengan panjang lebar.
Ketika ditanya mengapa Gunung Datuk menjadi pilihan,” Oh takde apa. Senang. Center . Adil untuk semua,” ujarnya seraya mengakhiri perbualan.
DTK mengucapkan terima kasih kepada saudara Mohd Zafelin kerana sudi berkongsi gambar dan pengalaman menarik dengan kami. Sekiranya anda ada berita menarik untuk dikongsi, jangan lupa beritahu team DTK ya!