Aafiyah tiada akaun IG … jangan ambil kesempatan

Kehadiran Siti Aafiyah Khalid bukan sahaja menjadi kebahagiaan buat penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa malah turut dirasai oleh seluruh peminat seni Malaysia.

Baru berusia lapan bulan, Aafiyah sering menjadi tumpuan lebih-lebih lagi sekiranya wajah puteri sulung Siti ini dimuat naik oleh ibunya di laman sosial, Instagram (IG).

Muncul pelbagai akaun IG yang menggunakan nama dan wajah Aafiyah, barangkali ia dibuat oleh peminat si kecil ini atau tidak juga mustahil ia terhasil daripada mereka yang cuba mengambil kesempatan daripada popularitinya.

Pengurus Siti, Rozi Abd. Razak menerusi laman IG miliknya memberitahu umum bahawa Aafiyah tidak mempunyai sebarang akaun IG dan meminta supaya mereka yang membuat akaun palsu itu supaya tidak mengambil sebarang kesempatan.

“Menjawab soalan, Aafiyah tiada akaun IG rasmi walaupun sangat ramai yang menamakan Instagram mereka dengan nama Aafiyah.

“Apapun yang kita lakukan, jangan salah guna atau mengambil kesempatan yang tidak baik, kena selalu ikhlas dan percaya diri. Aafiyah masih kecil dan kita juga kena hormat ayah dan ibunya juga,” tulisnya.

Rozi turut berkongsi cerita bahawa dirinya setia bergambar bersama Aafiyah setiap bulan supaya lengkap 12 foto apabila si kecil itu genap setahun.

Menurut Rozi lagi, Aafiyah seorang yang istimewa kerana dirinya menjadikan seseorang itu berharapan.

“8 bulan dah. Setiap bulan mesti ambil gambar kenangan dengan Aafiyah supaya lengkap 12 foto kita, apabila Aafiyah berusia setahun nanti.

“Ramai orang menyandarkan harapan kepada seseorang, tetapi Aafiyah menjadikan seseorang itu berharapan. Itu istimewanya, Aafiyah,”.

Aafiyah dilahirkan pada 19 Mac lalu dan pasangan selebriti ini memilih hari Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW selain jatuh pada tarikh 1 Rejab.

Sumber gambar: instagram Rozisangdewi

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: mhetv