Wanita ditahan selepas cincang dan masak daging kekasih.P0lis turut temui gigi kekasih dalam pengisar makanan!

SEORANG wanita dituduh membxnuh teman lelakinya dan kemudian memasak dagingnya sebagai sebahagian daripada hidangan nasi tradisional, menurut laporan.

Wanita dari Morocco itu, yang masih belum dinamakan, didakwa memotong m4yat teman lelakinya sebelum menghidangkan ‘machboos’, hidangan tradisional yang seakan beriani kepada pekerja berhampiran.

Laporan tempatan yang memetik abang kepada lelaki tersebut berkata pihak p0lis telah menemui gigi manusia di dalam pengisar wanita itu.

Wanita tersebut dit4han selepas keputusan DNA menunjukkan ia merupakan gigi teman lelakinya, The National AE melaporkan.

Dia dilaporkan dit4han kerana disyaki membxnuh teman lelakinya, yang telah menjalinkan hubungan dengannya selama tujuh tahun.

Tetapi beberapa laporan mendakwa kejadian itu berlaku selepas kekasihnya itu memberitahu bahawa dia merancang untuk berkahwin dengan wanita lain.

Kem4tian itu terbongkar selepas abang mangsa melaporkan kehil4ngannya kepada pihak p0lis di Al Ain, Emiriah Arab Bersatu.

Apabila abang mangsa pergi ke rumah pasangan itu, wanita tersebut menafikan bahawa dia mengetahui di mana teman lelakinya berada, menurut laporan.

Laporan tentang kehilangan lelaki tersebut dikeluarkan pada 13 November.

Wanita itu pada mulanya menafikan jenayah tersebut tetapi kemudian mengaku melakukan pembxnuhan, menyatakan ia adalah satu situasi yang ‘gila’, menurut laporan.

Dia didakwa memberitahu pihak p0lis bahawa dia mahu membalas dend4m selepas teman lelakinya mengakhiri hubungan mereka.

Wanita itu dikatakan telah memotong may4tnya dan menggunakan pengisar untuk mencincang dagingnya.

Dia ditetapkan untuk hadir ke mahkamah. –Mirror

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: Mstar