[GAMBAR] “Ada Benda Melekat Tu,”- Gigi YB Syed Saddiq Pula Jadi Perhatian

Tujuannya adalah untuk bergambar bersama ‘raja sehari’ sebagai tanda kenangan, namun lain pula jadinya. 

Itulah yang berlaku apabila netizen mulai meneka dan bertanya pada YB Syed Saddiq, yang berkongsi gambar bersama pelakon Nadiyah Shahab dan Ben Ali yang meraikan majlis perkahwinan mereka, baru-baru ini. 

Kisahnya, netizen ‘lebih gemar’ beri fokus pada bahagian gigi Syed yang dianggap mempunyai ‘sesuatu’.

Foto tersebut telah menjadi persoalan netizen apabila ada yang mulai menganggap bahawa ada sisa makanan pada gigi Menteri Belia & Sukan itu. 

Terdahulu, pemimpin muda itu hadir pada majlis resepsi pelakon Nadiyah Shahab dan suami, aktor Ben Ali yang diadakan di Damansara Perdana.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: MH