Khabib ajak selfie bersama ketika bertembung mengerjakan umrah

Pada malam bersempena sambutan Maulid Nabi Muhammad Shalallahu alaihi wa sallam, saya masih berada di Kota Suci Makkah. Suasana para jemaah nampak sedang khusyuk sebagaimana hari-hari yang lain, ada yang thawaf mengelilingi Ka’bah, ada yang membaca Al-Quran dan ada juga yang i’tikaf di Masjidil Haram.

Setelah melaksanakan shalat Maghrib dan Isya di Masjidil Haram, saya dan ustadz Muhajir; satu-satunya mahasiswa Aceh yang sedang menimba ilmu di Ummul Qura Mekkah, pergi ke beberapa maktabah yang menjual banyak kitab-kitab ilmu agama di Syari’ al ‘ilm, Aziziyah Mekkah yang berdekatan dengan Baitul Asyi.

Ketika pulang dari maktabah menuju hotel, kendaraan yang kami naiki hanya sampai ke bahagian luar masjidil Haram dekat dengan istana raja, setelah turun kami berjalan kaki kurang lebih 200 meter dari Masjidil Haram menuju ke hotel.

Ketika sedang berjalan kaki ada yang menarik perhatian kami saat berjalan menuju arah SwissHotel, Makkah arah Ajyad. Saya melihat ada empat orang pemuda berjubah, satu diantara mereka hanya memakai pakain biasa, seperti pakain olahraga.

Tidak disangka! Ternyata satu dari keempat orang itu adalah Khabib Nurmagomedov, petarung muslim kelahiran Rusia yang sangat terkenal kerana kehebatannya menewaskan Conor McGregor dalam pertarungan UFC di Las Vegas, Amerika Syarikat pada 6 Oktober 2018 yang lalu.

Tentu saja sangat mudah mengenali Khabib kerana beliau viral di media sosial ketika bertarung melumpuhkan kesombongan Conor McGregor yang sejak awal membuat pr0vokasi terhadap Khabib.

Kami mengikuti Khabib menuju ke hotel dalam jarak yang agak dekat.

“Come…come …come take selfie!,” kata Khabib selepas melihat kami mengikutinya. Khabib seperti tahu, saya sengaja mengikutinya dan akan meminta untuk mengambil gambar bersama.

Dia begitu ramah, kegan4sannya di dalam gelanggang saat bertarung, tidak kelihatan manakala kami dapat berbual dengan beliau seperti berbual dengan jemaah yang lain.

Khabib mempelawa kami bergambar bersama beberapa kali bersamanya dan teman-temannya di jalan menuju lobi Hotel di mana dia menginap ketika menjalankan Ibadah Umrah.

Ramai umat Islam berbangga dengan kemenangan Khabib dalam kejuaraan tersebut kerana bukan sahaja beliau berjaya mengalahkan lawannya, Conor yang menunjukkan sikap takbur dan rasis, bahkan sifatnya yang merendah diri dan menunjukkan keperibadian seorang muslim sebenar disaksikan oleh jutaan manusia yang boleh dijadikan contoh ikutan.

Beliau menolak untuk menyertai kejuaraan UFC 224 pada Mei lalu kerana kejuaraan tersebut bertembung dengan ibadah puasa walaupun ditawarkan dengan kontrak lumayan.

Menerusi media, beliau juga menasihati peminat-peminatnya supaya jangan meninggalkan solat dan sentiasa berhubung dengan Tuhan dan keluarga. Sifat ini yang harus dicontohi bagi setiap orang yang beragama Islam.

 

 

 

Sumber:RS