Menurut Haziq, Heidy dimasukkan ke hospital kerana menghidap peny akit radang paru-paru.
Haziq mendedahkan Heidy mengalami batuk yang teruk sejak tiga bulan lalu sehinggakan muntah berka hak.
“Heidy anak aktif. Senyum n ketawa je keje. Takde pun nampak dia sakit ke apa.
“Even bwk klinik pun doktor cek ckp ni batuk, kahak n selsema biasa.
“Makan la 2 3 jenis antibiotik. Tak jalan. 3 bulan gak la dia batuk on off.
“Smp minggu lps dia kerap batuk teruk muntah berkahak banyak. Haaa ni tak boleh jd.
“Dh xleh cek2 biasa dah ni. Kena xray. Ambik darah. Ambik hingus.
“Baru tau apa jadi sebnrnya! Heidy radang paru-paru. Bukan sebelah tp dua2 belah!
“Dia dah ada radang lama since Chayra kena batuk kokol bulan 9 last year! See? Sumpah tak nmpak langsung sakit.
“Dia hide sakit dia dgn ketawa n happy2 depan daddy. Baby pun pandai sorok sakit. Mendee,” tulisnya.
Tambah Haziq, dia juga berpesan kepada ibu bapa di luar sana supaya melakukan pemeriksaan lebih terperinci jika anak menghidap batuk atau selsema.
“Parents, kalau anak tu nampak batuk or selsema even sikit. Bwk2 la cek darah or xray cek dada.
“Dah takleh cek biasa2 mkn ubat mcm tu je. Kena cek betul2 batuk tu batuk apa. Zaman skrg ni senang dpt penyakit.
“Lagi2 virus batuk ni plak ada macam2 jenis. Daddy hope Heidy stay strong n happy sampai sihat ya? Love you #PrinceHeidy,” tulisnya lagi.
Difahamkan, bukan Heidy seorang sahaja yang dimasukkan ke hospital, namun anak kedua Haziq iaitu Chayra Auliya juga turut sama.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan kesembuhan Heidy dan Chayra serta memberi kata-kata semangat kepada Haziq dan isteri, Ayunda Putri.
Haziq dan Putri mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Heidy, dua tahun dan Chayra berusia lima bulan.
Sumber:Gempak