Update Gambar Bertatoo, Pelakon Dan Pengarah Aizal Azma Yusoof kembali jadi bahan kecaman netizen

Lama tidak mendengar khabar terkini tentang pelakon dan pengarah Azma Aizal Yusoof atau nama sebenarnya, Muhamad Ismaizal Yusoof, 37, selepas berhijrah ke Langkawi sejak 2015.

Namun namanya kini kembali hangat dalam radar perbualan netizen apabila tampil berkongsi penampilan terbaharunya di laman sosial Instagram dengan imej yang jauh berbeza.

Menggunakan nama @ishmaryarai sebagai akaun Instagram peribadinya, Azma menerima kecaman netizen yang kurang senang dengan gaya hidupnya yang kini bertatu.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kesal dengan tindakan Azma yang tidak mengendahkan teguran dan nasihat yang diberikan kepadanya.

“My first tatoo. Ya Allah rasa hidup bila bertatoo ni rupanya,” ungkapnya beserta gambar tatu yang dimuat naik pada laman Instagram miliknya.

Walaupun tatu tersebut tidak diketahui sama ada hanya lukisan semata-mata mahupun tatu sebenar, Azma dilihat tidak terkesan dengan kecaman yang dilemparkan netizen terhadapnya.

“Makin ramai mengata makin cantik pulak kita. Teruskan menghina! Bagi yang padu sikit agar bertambah-tambah jelita dan berseri-seri kita u olls,” katanya sinis.

Azma yang juga pengarah bersama drama bersiri popular Teman Lelaki Upahan ini pernah berkongsi pengalaman dirinya menghidapi penyakit Bipolar Disorder.

Kehidupannya tidak sekadar diuji dengan penyakit bipolar malah ketagihannya pada dadah menyebabkan dia pernah dimasukkan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) selama dua minggu.

Diharapkan Azma yang cukup dikenali sebagai insan seni berbakat besar ini terus diberi kesihatan dan kembali mewarnai persada hiburan tanah air dengan karya hebatnya. 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber:mhetv