Tips Elak Gangguan Sek sual Ketika Hiking

Hiking, jungle trekking, dan camping sepatutnya menjadi aktiviti outdoor yang seronok dan selamat buat semua orang. Inilah masa terbaik untuk kita bebaskan diri daripada kesibukan kota dan betul-betul menikmati ketenangan, kehijauan, dan menghargai bumi ciptaan Tuhan.

Namun sejak akhir-akhir ini, aktiviti ini semakin dicemari oleh gangguan sek sual yang berleluasa. Jika sebelum ini kes gangguan sek sual amat jarang berlaku, sekarang lain pula ceritanya. Ramai pendaki wanita membuat aduan bahawa diri mereka telah diganggu secara se ksual oleh segelintir pendaki lelaki apabila berada di dalam hutan.

 

Perkara ini bukanlah sesuatu yang harus dipandang ringan dan ia perlu ditangani dengan segera sebelum merebak dengan lebih luas. Bagaimana caranya?

Izza Rosli, seorang pendaki tegar terpanggil untuk memberi tips bagi mengelakkan dan mencegah gangguan se ksual ke atas pendaki wanita pada masa depan. Baca di bawah:

Dulu aku dah share benda ni. Meh aku up balik.

Ini adalah hasil brainstorming dari sekumpulan pendaki wanita pada tahun lepas.

Sedikit perkongsian tentang kempen kesedaran gangguan sek sual #braveforward (thanks abang Poncho Zms untuk cadangan nama kempen) yang terjadi semasa pendakian. Sila baca dengan tenang dan fikir sebelum komen. Sindiran, kecaman dan makian tidak akan dilayan. Malah saya akan hapus terus kerana ianya tidak bersifat membina.

Gangguan Seksual Semasa Pendakian

Apa itu gangguan sek sual?

Gangguan seks ual ialah sebarang tingkah laku bersifat sek sual yang tidak diingini, merangkumi gangguan secara lisan, visual, psikologi atau fizikal. Perkara ini boleh berlaku di mana-mana tidak kira tempat, waktu dan usia. Boleh juga terjadi di tempat kerja, rumah atau di dalam hutan!

Sudah tiba masanya pendaki wanita bangkit dan pertahankan maruah mereka. Belajar untuk berkata TIDAK #NOmeansNO! Learn how to stand up for yourselves!

Di sini, disertakan beberapa perkara yang boleh diberi perhatian bagi mengurangkan masalah gangguan sek sual semasa pendakian dan langkah-langkah yang boleh diambil jika anda telah diganggu secara se ksual.

Langkah-langkah pencegahan:

Sebelum pendakian:

1. Kenali line-up/peserta/guide/gogo yang mengikuti pendakian. Sebagai peserta, anda harus melakukan background atau reputation check terhadap guide dan gogo anda. Background check boleh dilakukan dengan membuat random survey melalui teman-teman pendaki yang pernah menggunakan khidmat guide/gogo.

2. Menetapkan batas (set boundaries) di antara diri dengan pendaki berlainan jantina. Bukanlah bermaksud anda tidak lansung bercakap dengan mereka, tapi lebih kepada berjaga-jaga dalam pergaulan, lebih-lebih lagi dengan pendaki/guide/gogo yang sudah berkahwin. Friendly is good, but flir ting is not.

3. Tetapkan niat mendaki yang betul. Mendakilah kerana alam, bukan kerana manusia atau kerana mahu mencari jodoh. Alam sepatutnya menginsafkan kita dan mendekatkan kita kepada Pencipta.

Semasa pendakian:

1. Elakkan dari tidur di bawah satu fly bercampur lelaki perempuan. Jika terpaksa tidur di bawah fly yang sama, asingkan bahagian lelaki dan perempuan dengan timbunan beg sebagai penghadang.

2. Jika anda merasa ada simptom-simptom pelik yang ditunjukkan oleh guide/gogo/peserta lelaki kepada anda (seperti flirti ng way TOO HARD, giving TOO MUCH attention to you alone but not to others, TOO MUCH unnecessary touching and such). SILA JAUHKAN DIRI ANDA DARI SI PELAKU DENGAN KADAR SEGERA.

3. Pakailah pakaian yang bersesuaian sebab kita bukan boleh agak manusia ni. Ibarat air laut, ada pasang ada surutnya, begitulah juga dengan imannya manusia.

4. Sekali lagi, berhati-hati dan berpada-pada dalam pergaulan. Jaga solat, jaga batas, jaga diri dan jadilah pendaki wanita yang bermaruah.

Langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya anda merasa anda TELAH diganggu secara se ksual:

Semasa pendakian:

1. Tegur si pelaku. Highlight apa yang menyebabkan anda berasa tidak selesa dengannya. Be firm.

2. Jika langkah di atas gagal, sila jauhkan diri, abaikan pelaku (sejauh yang mungkin, jangan ada sebarang bentuk komunikasi pun) dan trekking dengan peserta lain yang boleh dipercayai.

3. Jika si pelaku masih mengganggu, sila laporkan hal tersebut kepada orang lain yang anda percaya dalam pendakian tersebut (gogo, guide, peserta lain).

4. Jangan sesekali beri peluang untuk pelaku dan anda berada dalam situasi berdua-duaan, jangan bagi chance!

5. Jika kejadian terjadi semasa anda tidur, lemah atau berada dalam keadaan tidak berdaya untuk melawan, JERIT! Sentiasa bawa alat keselamatan seperti pepper spray, pisau lipat kecil, whistle atau penggera keselamatan bersaiz kecil untuk digunakan pada waktu-waktu kecemasan.

6. Jangan lupa untuk simpan segala bukti dan saksi semasa kejadian untuk memudahkan proses laporan kepada pihak atasan/polis.

Selepas pendakian:

1. Jika tiada tanda-tanda keinsafan dapat dilihat dari si pelaku, atau jika perkara yang sama berulang lagi, sila laporkan segera kepada organisasi tertentu.

Contoh, jika si pelaku adalah guide, sila laporkan ke pihak atasan di mana guide tersebut mendaftar. Jika si pelaku adalah gogo, sila laporkan ke polis atau Persatuan Penganjur-penganjur Aktiviti Lasak Malaysia.

Dan jika si pelaku adalah salah seorang peserta pendakian, sila laporkan ke guide/gogo/polis.

2. Abaikan segala bentuk komunikasi dengan pelaku. Senang cerita, jangan kawan dengan dia dah. Block je nombor telefon dan akaun media sosial dia.

3. Tetapi, jangan lupa simpan segala bukti dan saksi semasa kejadian untuk digunakan semasa laporan. Walau benci macam mana pun, tak nak tengok nama dia pun, SIMPAN BAHAN BUKTI.

4. Beri amaran pada teman-teman pendaki wanita yang lain agar berhati-hati dengan pelaku (jika pelaku masih degil dan tidak berubah).

Semoga langkah-langkah di atas dapat dijadikan sebagai panduan kepada semua pendaki-pendaki wanita Malaysia dalam menangani isu gangguan se ksual semasa pendakian.

 

 

Sumber:Says.com