Minyak bawang putih memang menjadi antara pilihan minyak yang sering dijadikan alternatif dalam merawat masalah kesihatan anak-anak yang ringan. Atas sebab ini juga, telah menjadi kewajiban bagi puan Yatie Eimra untuk memastikan stok minyak bawang putih sentiasa ada bersamanya. Malah apa yang lebih menarik, dia turut menghasilkan sendiri ramuan minyak bawang putih tersebut.
Jadi apa kata, kita ketahui caranya dan bolehlah dijadikan sebagai ‘Firs Aid Herba’ di rumah yang wajib ada. Semoga bermanfaat.
Saya memang wajib simpan minyak bawang putih kat dapur & dalam beg (guna travel bottle). Banyak sangat manfaat & kegunaan minyak bawang putih ni. Bukan setakat anak, 1 famili boleh guna.
Anak tengah batuk ni, setiap hari saya akan sapukan minyak bawang putih lepas mandi & sebelum anak tidur (di bahagian dada, belakang badan & tapak kaki). Gabungan bawang putih & daun salam jadikan minyak ni cepat melegakan batuk & selsema, gatal², bengkak dan sebagai mosquito repellent gak. Sekarang bila anak terbatuk², dia sendiri yang akan mintak ‘minyak garlic’ & mintak ummi urutkan.. Padahal selama ni dia tak suka bau bawang putih & kena paksa bila nak sapukan minyak ni.
Tak susah pun buat minyak ni sendiri. Biasanya mak² buat minyak bawang putih dengan cara bakar bawang putih & campurkan dalam minyak.
Tapi saya suka goreng/renihkan bawang dalam minyak dengan api perlahan sampai garing. Dengan cara ni, minyak boleh tahan lama sehingga berbulan².
Biasanya saya buat dalam kuantiti yang banyak tapi sebab lupa restock minyak zaitun, terpaksalah buat sukatan secawan (250ml) je dulu
Sukat dulu minyak zaitun untuk secawan. Lepas masukkan hirisan bawang putih & daun salam dalam pan, barulah tuang sikit demi sikit minyak (agak² terendam je).
Renihkan dengan api yang sangat perlahan sampai bawang garing. Kemudian campurkan baki minyak zaitun. Biarkan sejuk sebelum simpan.