Terdapat ramai ‘otaku’ di Jepun, harga koleksi mereka adalah di luar imaginasi orang biasa. Beberapa tahun yang lalu, terdapat satu kejadian di mana bilik koleksi otaku dimasuki oleh anak saudaranya dan beberapa koleksinya telah rosak, dan pada akhirnya dia menerima 4 juta yen (kira-kira RM147,000) sebagai ganti rugi.
Kejadian tersebut terjadi ketika saudara maranya yang datang dari jauh menumpang rumahnya untuk menghadiri upacara pengebumian nenek mereka yang berusia 111 tahun. Mereka menumpang rumahnya kerana upacara pengebumian tersebut dilakukan berdekatan rumahnya.
Tuan rumah memiliki sebuah bilik khas untuk menyimpan koleksi patung figura, dvd, komik dan lain-lain lagi. Dia selalu meninggalkan bilik tersebut terkunci.
Namun apabila dia pulang ke rumah selepas upacara pengebumian selesai, dia terkejut apabila mendapati beberapa barang koleksinya berselerak di ruang tamu.
Biliknya itu telah dipecah masuk oleh anak sepupunya dan dengan bebas bermain dengan barang-barang koleksinya.
Sepupunya hanya tersenyum dan meminta maaf, serta menganggap seperti hanya perkara kecil. Apabila tuan rumah masuk ke dalam bilik tersebut, dia terjatuh melutut melihat kerosakan yang dilakukan oleh anak sepupunya terhadap barang-barang koleksi kesayangannya. Patung-patung figura yang telah rosak berselerak di atas lantai.
Suami sepupunya masuk ke dalam bilik tersebut turut terkejut melihat barang-barang koleksi telah rosak dikerjakan oleh anaknya. Tuan rumah sangat marah dan kecewa dengan apa yang telah berlaku.
Seminggu selepas itu, tuan rumah itu pergi ke rumah sepupunya untuk menuntut ganti rugi. Suami sepupunya tahu bahawa beberapa patung figura memang bernilai tinggi dan ada yang mencecah ribuan ringgit, dia sedar perlu membayar ganti rugi yang tinggi.
Tetapi apabila si isteri mendengar anggaran ganti rugi yang perlu dibayar, dia marah dan menjerit, “Ia dilakukan oleh anak kecil, bagaimana kamu boleh meminta jumlah sedemikian,” si suami memarahinya kembali dengan berkata, “Bagaimana jika beg dan kasut kamu dirosakkan? Jika perkara yang sama berlaku maka kamu pasti akan meminta ganti rugi.”
Tuan rumah itu meminta sedikit masa untuk mengira jumlah sebenar kerugian. Setelah membuat kira-kira, 38 patung figura rosak dan tidak dapat dibaiki, 41 figura edisi terhad, 9 set DVD, 33 keping CD, 45 buah buku, dan juga komputer semuanya telah rosak. Disebabkan sofanya boleh dibersihkan semula, jadi ia tidak termasuk dalam kos ganti rugi.
Setelah selesai membuat kira-kira, jumlah keseluruhan adalah 3.14 juta yen. Sepupunya terkejut apabila mendapat tahu jumlah sebenar kerugian tersebut.
Malah, jumlah yang dikira adalah berdasarkan harga ahli dan diskaun. Harga yang sebenar mencecah lebih 4 juta yen dan terdapat beberapa koleksi yang tidak dijual di pasaran lagi serta terdapat beberapa koleksi yang tidak dijual dengan harga ahli lagi.
Sepupunya sangat marah dan mengatakan bahawa tuan rumah tersebut menipu. Namun, setelah tuan rumah itu menunjuk satu demi satu harga barang-barang koleksinya yang telah rosak berdasarkan harga di laman web Amazon, sepupunya itu terdiam.
Akhirnya, sepupunya meminta maaf di atas apa yang berlaku dan membayar ganti rugi sebanyak 4 juta yen (kira-kira RM147,000). Anaknya dimarahi dan pada tahun itu tidak akan ada sambutan hari jadi sebagai hukuman. Selepas kejadian itu, tuan rumah tersebut tidak lagi membenarkan sesiapa pun menumpang rumahnya.
Ramai ibu bapa tidak tahu bagaimana untuk mendidik anak mereka sendiri dan membiarkan anak-anak merosakkan barangan orang lain yang bernilai, insiden ini dapat memberi pengajaran untuk ibu bapa bahawa tidak semua yang dilakukan oleh anak itu boleh diselesaikan dengan hanya meminta maaf.
Sumber: Cocomy
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK
Sumber:erabaru