Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Pelakon Atikah Suhaime sebelum ini ada memuat naik entri tentang pemba talan perkahwinannya yang kemudian bertindak memadam entri tersebut.
Namun menerusi entri terbaharu yang dimuat naik Awi Rafael dalam Instagram miliknya, penyanyi itu mengesahkan berita pemba talan perkahwinan mereka.
Di dalam video tersebut, Awi menjelaskan dia mempunyai alasan tertentu untuk tidak meneruskan majlis yang sepatutnya berlangsung pada Ahad ini.
“Awi harap semua teman akan faham. Awi sudah cuba buat yang terbaik untuk dia dan Awi sekeluarga sudah pun bersiap untuk Ahad ni.
“Niat di hati adalah untuk membina masjid, menutup a ib dia yang dulu dan membawa dia ke jalan Tuhan bersama ke arah hidup baru.
“Namun Awi juga mempunyai ibu dan mar uah keluarga. Terlalu berat dug aan kali ini. Awi harap kawan-kawan semua akan faham.
“Dah la, Awi pun tak ingin bukak a qzib sesiapa,” tulis Awi. – MHE TV