Datuk Alha Alfa Throwback Kisah Solek Jihan Guna Watercolor Buncho

Jurusolek popular Datuk Alha Alfa berkongsi kenangan ketika awal perkenalan dengan pelawak wanita tersohor tanah air, Jihan Muse.

Dedah Alfa, Jihan merupakan selebriti pertama yang disoleknya ketika mula menceburkan diri dan berkongsi pelbagai kisah suka duka bersama-sama.

“Kalau nak tahu, Jihan adalah artis pertama yang saya sentuh dan berkarya. 

“Zaman UiTM dulu, weekend nak cari duit lebih saya make up untuk production. Pastu Jihan antara pelakonnya.

“So teringat satu ketika ni, saya kena makeup Jihan jadi hantu. Barang make up tak banyak, nak beli make up effect duit tak mampu… mahal.

“Sudahnya saya pakai tisu dan watercolor jenama Buncho! Sapu satu muka Jihan. Jihan tanya saya “babe,,panas la muka i..memang rasa gini ke?“

“Saya pun bisik… Jihan, ni je yang Alha ada, sorry naa..I janji pakai sikit je,” kongsinya.

Namun, kata Alha perkara yang lebih menarik berlaku selepas solekan hantu itu.

Lepas settle make up Jihan shoot jadi hantu kena duduk kat area longkang. Perangai Jihan duk huha esoknya pergi set dua-dua kena gigit hantu.

“Dia kena kat paha, besar tapak tangan. Saya kena kat lengan. Sejak itu saya rapat dengan dia,” tambahnya.
 

Alha antara jurusolek yang menjadi pilihan selebriti terkenal termasuk Jihan, Zara Zya, Uqasha Senrose, Fasha Sandha dan ramai lagi.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: gempak