Bukan sebarangan skru..

Sila berhati-hati!

Itu peringatan yang dimuat naik dalam satu halaman Facebook enam jam lalu.

Seperti yang didakwa, terdapat sejenis alat kalau dilihat menerusi mata kasar ramai akan beranggapan ia adalah sebutir skru.

Difahamkan, alat tersebut kini boleh dibeli secara dalam talian.

AMARAN! Jika diteliti spesifikasi ia bukanlah sebarangan skru biasa. Tapi, sebenarnya ia berupa sebuah kamera litar tertutup (CCTV) mini.

Menerusi halaman Facebook menyeru kepada orang ramai terutamanya kaum hawa agar berhati-hati sekiranya ingin menggunakan tandas selepas ini.

Ada yang mencadangkan agar mereka bawa ‘tape’ untuk ditampal di bahagian skru tersebut jika menemuinya di lokasi yang meragukan.

‘Kaum hawa, nak masuk jamban tu silalah berhati-hati ye. Zaman sekarang tiada yang mustahil,” dedah laman Facebook terbabit.

Alat ini kini boleh dibeli secara dalam talian.

Turut ditulis, ia bukan alat biasa tetapi skru ‘ber-CCTV’ yang merekod segala perbuatan anda.

“Dekat online sekarang, bersepah jual benda ini,” rujuk status yang kini tular dalam media sosial.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: mhetv