1. Cuba kenal pasti apa punca masalah berlaku. Hidung akan mengalami penda rahan mesti ada punca.
Di usia kanak-kanak ia boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Paling biasa ditemui jika alahan hidung yang tidak terkawal. Dah tahu punca, mudah untuk merawat.
2. Sejarah keluarga. Ini pun penting. Biasanya, apabila ibu ayah dan keluarga ada masalah sesuatu penyakit, anak-anak juga berisiko untuk alami masalah sama. Ia termasuk masalah berkaitan sistem da rah atau juga masalah resdung.
3. Perlu tahu langkah kecemasan apabila pendar ahan berlaku. Saya Selalu pesan amalkan langkah ini.
– posisi dalam keadaan duduk.
– tundukkan kepala sedikit ke bawah. Jangan dongak ke atas.
– compress bahagian luar hidung. Lakukan berterusan kira-kira 20 minit.
– letak ais di bahagian dahi.
– ulang langkah di atas jika masih belum berhenti sepenuhnya.
– bawa ke hospital sekiranya masih mengalir tanpa ada tanda-tanda berhenti
4. Tahu langkah pencegahan. Elakkan sebarang suplemen atau produk yang tidak tahu isi kandungannya. Lebih bahaya jika tiada kelulusan KKM. Produk dan ubatan ini ada yang boleh menyebabkan masalah penda rahan. Hati-hati.
Sila kongsi tulisan ini jika anda rasa ia bermanfaat buat orang anda sayangi. Moga lebih ramai beroleh manfaat.
Dr Ezairy M.Sallih
Doktor telinga, hidung & tekak
Sumber: Facebook Dr. Ezairy M.Sallih
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK
Sumber: islamituindah