Aeril Zafrel ‘disekolahkan’ netizen gara-gara gurauan nampak makhluk halus

PELAKON Aeril Zafrel menjelaskan dia tidak berniat mempersendakan keluarga peserta larian Gopeng Ulta Trail, Mohamad Ashraf Hassan atau Acap yang dipercayai hilang sejak 23 Mac lalu.

Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, 31, berkata foto dia membulatkan beberapa kawasan yang dimuat naik di Instagram hanyalah sekadar sindiran buat netizen.

“Perli keluarga apa dia? Orang cakap fasal netizen kita. Adoi la hang ni.

Aeril menjelaskan kepada netizen yang salah faham dengan foto serta statusnya.

“Saya tak cakap keluarga. Ini mengenai netizen kita,” kata suami kepada pelakon Wawa Zainal.

Aeril menjawab beberapa komen netizen yang salah anggap mengenai postingnya itu dikatakan tidak menjaga hati keluarga Acap.

Sebelum ini, foto Acap yang sedang berlari itu dikatakan mempunyai penampakkan ‘ghaib’ di sekelilingnya menjadi viral di laman sosial.

Disebabkan itu, Aeril sengaja memuat naik gambar yang lebih kurang sama dengan membulatkan beberapa kawasan untuk menyindir netizen.

Foto Acap yang netizen dakwa kelihatan makhluk halus disekelilingnya.

“Ambil gambar ni waktu penggambaran tadi. Korang nampak tak? Masalah #netizenmalaysia,” tulisnya.

Pelbagai teori timbul dengan rata-rata netizen menyifatkan misteri kehilangan pemuda itu yang kini sudah memasuki hari ke-13 ada kaitan dengan alam mis tik.

Biarpun sehingga kini masih tidak ada sebarang petunjuk namun sekumpulan sukarelawan yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih meneruskan pencarian.

Kejadian yang berlaku di Gua Tempurung, Perak itu masih menjadi tanda tanya seluruh rakyat Malaysia yang bimbang dengan nasib yang menimpa Acap.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

 

 

Sumber: mstar