Padanlah Tak Berlakon, Ini Rupanya Aktiviti Terkini Jehan Miskin. Seronoknya Tengok!

Nama Jehan Miskin sebenarnya tidak asing lagi dalam dunia seni tanahair. Beliau merupakan seorang pelakon, peragawan dan pengacara televisyen yang berbakat besar.

Namun kelibat Jehan Miskin kini tidak lagi kelihatan di layar perak. Mungkin kesibukan dengan tugas-tugas lain menyebabkan dia jarang beraksi di pentas lakonan lagi. Atau adakah Jehan sebenarnya sudah bersara dalam bidang seni?

Semenjak memulakan kerjaya dalam iklan Winston Kickboxer pada tahun 2001, anak kelahiran Pulau Pinang ini sudah terlibat dalam penggambaran empat iklan televisyen dan satu iklan cetak.

Beliau memulakan kerjaya lakonan dalam rancangan 3R pada tahun 2003, dan memegang peranan watak utama buat julung kalinya dalam telemovie Dengan Nama Cinta pada tahun yang sama.

Semenjak itu, beliau sudah terlibat dalam lebih 20 judul rancangan televisyen yang berbeza, terutamanya Gila-Gila Pengantin, Manjalara dan Inspirion.

Jehan mula berkecimpung dalam lakonan layar besar pada tahun 2005 melalui filem Qaisy & Laila yang dirakam di Afghanistan.

Jehan juga dikenali sebagai pengacara televisyen versi Malaysia rancangan realiti So You Think You Can Dance.

Pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Jue Aziz, namun cinta mereka tidak kesampaian dan akhirnya Jehan bertemu jodoh dengan seorang gadis Korea, Julie Camelia Rhee.

Jehan bertemu dengan Julie di sebuah gimnasium di ibu kota. dan selepas tiga tahun bercinta, Jehan memilih Julie menjadi  isterinya  dan telah melamar Julie pada tahun 2012 di Menara Seoul, Korea.

Pasangan tersebut selamat diijabkabulkan dalam satu majlis akad nikah yang di Carcosa Seri Negara. 

Gambar terkini Jehan dan isteri

 

Cukup cerita mengenai Jehan, jom kita lihat foto-foto terkini Jehan yang dikongsikan di laman IG nya. 

Mana lagi kacak? Jehan yang dulu ke, Jehan yang sekarang? Tengok aje ye. Suami orang tu! Hehe..

Kredit Foto : Instagram Jehan Miskin

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: gengsembang