Ayam ungkep merupakan salah satu menu masakan Jawa yang sedap dan senang disediakan. Kalau sekali pandang, penyediaannya sama sahaja seperti rendang. Berikut ialah bahan-bahannya:-
Bahan:
1 ekor ayam – dipotong 12, lebih elok jika ayam tua/ayam kampung
Bahan A (untuk dikisar)
2 labu bawang besar
10 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
20 tangkai cili padi
Bahan tumis:
Halia (dihiris nipis)
1 liter air
2 batang serai
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Cara:
Ayam dibersihkan dan digaul dengan garam serta serbuk kunyit. Panaskan minyak dan gorengkan halia yang dihiris nipis sehingga garing.
Kemudian masukkan bahan A yang dikisar. Tumis sehingga naik minyak.Setelah naik minyak, masukkan ayam. Biarkan sebentar lebih kurang 2-3 minit.
Masukkan air, serai yang telah diketuk dan garam secukup rasa. Kalau nak kuah lebih, letaklah banyak sikit air tu.
Tutup kuali. Kacau sekali sekala untuk mengelakkan ayam hancur kecuali guna ayam tua atau ayam kampung. Biarkan sehingga kuah pekat dan boleh dihidangkan.
Selamat mencuba
Resepi : pemilik x dpt dikenalpastikan. pemilik sila pm utk dikreditkan namanya
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK
Sumber: masterchefmy