Resepi Mee Kari Special. Tips Untuk Sedapkan Kuah Pun Ada

Kali ini kami nak bagi mee kari resepi istimewa khas untuk anda buat dengan beberapa tips istimewa.

Untuk dapatkan kuah mee yang sedap , anda kena buat air stok udang. Guna lebih kurang 1/2 kg udang sederhana kecil,asingkan isi udang dengan kulit serta kepala.

Rebus dengan 2 cawan air kulit dan kepala tadi lebih kurang 10-15 minit dan kisar sampai hancur serta tapiskan.

Air ni yang jadikan mee kari terangkat.

Untuk anda yang minat kuah mee kari resepi ni sedikit pekat, boleh gunakan kentang.

Potong dadu kentang dan rebus sampai empuk.Lenyek dan boleh masukkan ke dalam kuah nanti.

Kuantiti di bawah untuk 2-3 pek mee dan boleh dimakan untuk 5-5-8 orang ya.

Boleh gandakan kuantiti jika mahu .

Bahan Resepi Mee Kari :

Bahan A (kisar)

  • Sebiji bawang besar
  • 7 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • Sedikit halia
  • 2 batang serai potong kecik
  • 2 sudu besar serbuk cili merah ( ada dijual dalam pek plastik di pasaraya) Satukan semua bahan dan kisar sampai halus

Bahan B (Bahan penumis)

  • 2 batang serai diketuk
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • Rempah kari daging + rempah ikan (50 gram setiap satu peket kecik
  • Dua kotak kecil santan kotak
  • Sebiji ubi kentang (potong dadu 1 keping asam keping

Bahan C

  • Ayam (potong kecil )
  • Fishball (potong dua )
  • Fish cake (potong nipis)
  • Udang (buang kulit )
  • Stock air udang
  • Isi Kerang

Bahan D

  • Taugeh
  • 2 pek mee kuning dibasuh dan ditoskan Hirisan cili
  • Tauhu goreng
  • Kacang Panjang
  • Daun bawang
  • Bawang goreng
  • Telur Rebus

Anda tak perlu sediakan semua.

Ikut apa yang ada je untuk Bahan D

Cara Penyediaan Mee Kari: Siapkan bahan kisar,air stock udang,rebus kentang empuk dan lenyek.

Ketepikan dahulu.

Panaskan periuk dan masukkan minyak 1/2 cawan.

Tumis Bahan B sehingga naik bau.Barulah ditambah Bahan A tadi dan kacau hingga pecah minyak.

#2: Masukkan rempah kari daging dan ikan bersama 4 sudu makan air dan kecilkan api supaya rempah tak hangit.Kacau hingga terbit minyak.Barulah masukkan segelas air dan biarkan mendidih

#3: Tambah segala jenis lauk , ubi kentang yang dilenyek, air stok udang, fishball, fish cake , asam keping.Besarkan api ke tahap sederhana besar.Masak hingga mendidih kuah mee kari.

#4: Bila dah mendidih masukkan dua santan kotak dan sesuaikan kepekatan ikut selera.Sentiasa kacau suapaya santan tak berketul.Perasakan dengan gula,garam dan serbuk perasa.Masak hingga mendidih sekali lagi. Siap!

Mee kari sedap dimakan jika kuah tak pekat dan tak cair. Jangan risau nanti kuah sejuk ianya menjadi sedikit pekat .

Dah siap kita boleh buat sambal unntuk dimakan dengan mee kari isi ayam dan kerang ni.

Bahan-bahan sambal mee kari :

  • 4 biji bawang merah saiz 50 sen dibakar 2 ulas bawang putih dibakar
  • 1 sudu teh belacan dibakar
  • 1/2 genggam udang kering
  • 3 sudu makan cili kisar
  • 1 sudu teh asam jawa dan dicampur air
  • Garam dan gula

Cara buat:

#1: Bakar terlebih dahulu bahan yang perlu dibakar supaya lebih sedap dan harum.Kisar bawang merah,bawang putih,belacan,udang kering sehingga halus.Masukkan sedikit air sahaja ya

#2: Masukkan minyak ke dalam kuali dalam anggaran 1/2 cawan.Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan barulah dimasukkan cili kisar.Tumis hingga pecah minyak barulah dimasukkan air asam jawa beserta garam dan gula.

Masak hingga pecah minyak beberapa kali dan pekat. Settle!

 

 

Memang masuk la sambal ni makan dengan mee kari.Selamat mencuba ya

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

 

Sumber: daridapur