Resepi Kuih Nona Manis

Anda nak tahu resepi kuih nona manis? Kuih bulat yang kebiasaannya berwarna hijau dan putih ini memang sangat sedap dimakan.

Kuih tradisional ini merupakan antara kegemaran masyarakat Malaysia, terutamanya di majlis-masjlis yang keraian dan juga di bulan puasa.

Untuk membuat kuih nona manis ini, anda memerlukan acuan seperti kuih lompang. Acuan ini mudah didapati di kedai-kedai yang menyediakan peralatan baking.

Kuih ini dikatakan berasal daripada Indonesia, ada juga yang mengatakan yang ia berasal dari Kelantan. Kami tidak dapat pastikan sejarah asalnya yang sebenarnya.

Yang pasti sekiranya anda ada tetamu yang bertandang ke rumah, bolehlah menyediakan kuih ini kerana rupanya yang menarik.

Apabila disusun cantik-cantik, juadah anda sediakan untuk tetamu akan tampak menarik dan menyelerakan kesan dari warna hijau terang dan putih kuih ini.

Teksturnya yang lembut dan rasanya yang menyelerakan akan membuatkan tetamu memuji kebolehan anda. Namun perlulah dapatkan resepinya yang betul kan? Nanti kalau tersalah resepi, lain jadinya!

resepi kuih nona manis

Oleh yang demikian di sini kami bawakan khas untuk anda resepi kuih nona manis yang dikongsi oleh pemilik fb Zakiah Mdzain. Resepi ini mendapat lebih seribu perkongsian di facebook.

Jom kita tengok macam mana nak buat seperti di bawah:

RESEPI KUIH NONA MANIS Bahan-bahan A

1 cawan air pandan 1 cawan santan 1 1/2 sudu tepung jagung 1 sk garam 2 sudu gula Sedikit pewarna hijau Sedikit perasa pandan coconut.

Masakkan semua bahan di atas dapur sehingga pekat.

Bahan-bahan B

2 cawan tepung gndum 1 cawan santan 1 cawan air 1 cawan gula 2 biji telur (kacau sebati)

Campurkan bahan-bahan B dan kemudian dikacau sebati. Masukkan telur yang dikacau sebati. Kemudian, campurkan adunan A, dan dikacau hingga sebati.

Jika warna menjadi kurang hijau, boleh ditambah lagi pewarna sehingga mendapat warna yang dikehendaki. Selepas itu boleh tapis adunan untuk memastikan ia tidak berketul-ketul, atau boleh kacau sehingga benar-benar halus.

Adunan C

1 cawan santan 1 cawan air Sedikit garam. Agak-agak masin. 2 sudu tepung gandum 1 sudu tepung jagung.

Masakkan di atas dapur. Pastikan tidak terlalu pekat, dan tidak juga terlalu cair. Kemudian boleh dituang ke dalam adunan hijau.

Sapukan acuan dengan minyak terlebih dahulu. Tuangkan adunan hijau, kemudian baru diletak adunan putih di tengah-tengah. Semasa mengukus, pastikan api yang perlahan digunakan.

Selamat mencuba!

Sumber: Zakiah Mdzain via MAHN

Tips Tambahan Untuk Menyiapkan Resepi Kuih Nona Manis:

Periuk pengukus perlu dipanaskan hingga airnya mendidih dan kemudian tutup kukusan perlu dibalut dengan kain. Ini untuk memastikan air pada tutup kukusan tidak menitis pada kuih.

Sapu acuan lompang dengan sedikit minyak supaya tidak melekat. Dapatkan acuan lompang yang kecil.

Adunan hijau perlu dituangkan ke dalam acuan lompang sehingga 3/4 daripada cawan acuan lompang itu. Selepas itu, adunan putih yang telah disediakan perlu dipaip masuk di tengah-tengah adunan hijau sehingga penuh cawan acuan tersebut.

Selepas disusun, kukus dalam 7 sehingga 10 minit. Pastikan dibiarkan sejuk dan kemudian diangkat.

Selepas itu boleh dikeluarkan dari acuan untuk dinikmati. Boleh juga menggunakan lidi kecil untuk memudahkan kerja.

Trivia Kuih Nona Manis

Kuih ini juga boleh datang dalam pelbagai warna lagi. Ada yang membuatnya dengan warna merah menggunakan perasa ros, dan ada yang menggunakan coklat, jagung atau durian untuk menggantikan bahagian hijau.

Kuih ini mempunyai dua bahagian, ditengahnya berwarna putih dikelilingi bahagian hijau dan mempunyai rasa santan dan pandan yang enak, lemak manis dan rasanya hampir-hampir juga seperti tepung pelita.

 Cuma bezanya dengan kuih pelita adalah di bahagian hijaunya. Bahagian hijau kuih nona manis ini rasanya kenyal lembut, seperti kuih kasui.

Kuih ini mengunakan acuan seperti kuih lompang. Perkara yang membezakan kuih nona manis dan kuih lompang adalah kuih nona menggunakan santan ditengah-tengah manakala kuih lompang berinti kelapa ditengah-tengah.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: penselpen