Pelakon terkenal Korea, Lee Min Ho akhirnya telah menamatkan latihan ketenteraanya pada Khamis lepas.
Berita tersebut disambut gembira oleh para peminatnya yang begitu sabar menanti selama hampir dua tahun menunggu kepulangan aktor berkenaan.
Walaupun tiada sebarang majlis istimewa yang dilakukan, namun peminat tetap hadir di perkarangan kawasan Suseo Social Welfare Center di Daerah Gangnam untuk bertemu Min Ho.
Istimewanya, tidak hanya di Korea malah peminat Min Ho dari China dan Jepun juga sanggup terbang ke negara tersebut semata-mata untuk menyambut kepulangan pelakon kesayangan mereka.
Min Ho yang tampil dengan memakai topeng muka dan hanya mengenakan pakaian kasual tetap kelihatan kacak.
Di sini kami kongsikan foto-foto menarik sekitar sambutan kepulangan Min Ho oleh peminatnya. Oppa is back!
Sumber: Gempak