Gambar Pekerja Suap OKU Curi Perhatian Netizen

Tersentuh hati apabila melihat sekeping gambar yang memaparkan seorang pekerja di kedai mamak sedang menyuapkan makanan kepada seorang individu kurang upaya (OKU).

Perkongsian menerusi akaun Twitter @najib_fiqri atau Muhammad Najib Fiqri Sulaiman itu menerima sebanyak 27,000 ulang kicau (Retweet) manakala 19,000 tanda suka yang mana rata-rata netizen memuji tindakan pekerja tersebut.

Difahamkan, gambar berkenaan telah diambil oleh salah seorang rakannya dan gambar berkenaan telah dikongsi di group WhatsApp.

Difahamkan, nama pekerja itu adalah Imran. Menurut salah seorang pengunjung di situ, Imran sudah lima tahun bekerja sebagai pelayan dan layanannya amat membanggakan.

” Dia nampak je sombong tapi berhati mulia sudah 5 tahun berbakti dengan SA Maju, Skudai. Layanan mmg tiptop. Teh tarik jarang mengecewakan,” tulisnya ringkas.

Melihat sikap terpuji Imran itu, ada segelintir netizen mendoakan agar Allah memurahkan rezeki buat Imran dan tidak mustahil dia dapat memiliki kedai makan sendiri satu hari nanti.

Siapa tahu bukan? InshaAllah, semoga Allah SWT membalas kebaikan Imran!

Sumber:Xtra