Bukan lakonan, Aiman Hakim, Zahirah MacWilson bertunang di Perth

HAMPIR enam bulan menjalinkan hubungan cinta pasangan pelakon Zahirah MacWilson selamat mengikat tali pertunangan dengan Aiman Hakim Ridza pada Sabtu.

Majlis pasangan tersebur berlangsung secara sederhana di kediaman keluarga Zahirah di Perth, Australia dengan dihadiri keluarga terdekat.

Aiman berkongsi berita gembira itu di laman sosial Instagram miliknya dengan meluahkan perasaan syukur.

“Engaged. Alhamdulillah syukur,” ringkas Aiman.

Majlis pertunangan dihadiri keluarga terdekat.

Zahirah turut memuat naik foto cincin tanda pertunangan mereka di laman sosialnya dan bersyukur majlis berjalan lancar.

Lokasi pertunangan itu dihiasi dengan bunga-bunga cantik sementara Zahirah dan Aiman sepadan mengayakan sepersalinan busana berwarna oren pastel.

Sementara itu, peminat membanjiri ruangan komen kedua-dua pasangan ini dengan ucapan tahniah dan turut berkongsi rasa gembira mereka.

Selain peminat, selebriti lain termasuk Lisa Surihani, Sharifah Sakinah, Dian P Ramlee turut meluahkan rasa gembira dan ucapan tahniah.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber:mstar

Facebook Comments