Boleh cuba barli dan lemon untuk kurangkan kolestrol

Masalah kolesterol tinggi sudah menjadi seperti masalah biasa sekarang. Salah satu petua yang boleh diamalkan untuk mengurangkan masalah ini adalah dengan mengamalkan minum air barli bersama lemon.

Menariknya ia bukan saja untuk untuk turunkan kolesterol tapi juga kurangkan berat badan. Minum segelas kolesterol turun berat badan pun makin kurang. Best kan.

Amalkan segelas sehari

Kali ni ciksu nak share satu resepi minuman untuk turunkan kolesterol dan berat badan. Untuk hasil yang positif, amalkan satu gelas setiap hari.

Bahanbahannya

3 sudu besar
Biji Barli
2-3 sudu kecil madu
3 gelas air1 hirisan lemon
Ini sukatan untuk satu gelas. Kalau nak lebih, tambahkan lagi air.

Cara-caranya 

Sebelum rebus barli tu, korang basuh dan rendam dulu 2-3 jam.
Pastu rebus dengan sukatan 3 gelas air. Gunakan api yang kecil @ sederhana.
Rebus sehingga dapat 1 gelas air rebusan barli dan barli dah nampak empuk.
Kemudian sejukkan.
Bila dah sejuk, tuang ke dalam gelas dan masukkan 2-3 sudu madu asli. (Boleh juga nak ganti dengan gula)
Perahkan sedikit lemon @ masukkan hirisan lemon ke dalam gelas. Kacau rata. Dah pun siap. Sedia untuk diminum.

Sesuai sangat dihidang untuk anak-anak yang baru balik dari sekolah. Betul betul menyegarkan. Phewww.

Air barli bersama lemon ni memang “A” lah untuk turunkan paras kolesterol dalam badan. Tapi ciksu minum untuk turunkan berat badan.

Sebab dulu-dulu ciksu badan sedikit berisi. Selain itu, banyak lagi manfaat barli ni. Antaranya :

Menyejukkan badan.
Barli bersifat anti-bakterial – bagus diambil ketika demam, batuk dan selsema.
Mengawal gula dalam da rah.
Mencegah jang kitan saluran kencing.
Mencegah batu karang.
Lepas minum, biasanya korang akan kerap kencing tau. Tapi bagus la macam tu. Salah satu proses deto ksifikasi.

Lebihan barli boleh di buat bubur barli. Campur sedikit susu segar dan madu. Enak dimakan begitu sahaja.Okey. Selamat mencuba.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: islamituindah