Simpan Password Di Laptop, Ibu Tergamam Anaknya Beli Patung Berharga RM40,830 Di eBay

Pembelian barang-barang keperluan secara atas talian memang memudahkan tugas terutama wanita yang bergelar seorang ibu. Tidak perlu membuang masa mengunjungi pusat membeli-belah dan kuasa membeli hanya di hujung jari sahaja.

Namun, sikap kita yang suka menyimpan kata laluan atau password di dalam komputer riba atau laptop telah mengundang padah kepada seorang ibu di Sydney, Australia. Ini terjadi selepas anaknya lelakinya telah membeli sebuah patung edisi terhad Coles Stikeez berharga AS$10,000 (RM40,830) secara atas talian tanpa pengetahuannya.

Wanita yang berusia 47 tahun itu telah merayu kepada eBay untuk memulangkan semula wang tersebut kerana dia tidak mampu untuk membayar pembelian tersebut.

Donna Jacob merupakan ibu kepada kanak-kanak yang berumur tujuh tahun itu adalah pengidap auti sme.

Kanak-kanak tersebut telah membeli satu daripada 100 unit patung Golden Billy Banana di laman eBay.

Menurut laporan, kanak-kanak lelaki itu menggunakan komputer ibunya yang secara automatik akan mengisi butiran kad kredit pada borang pembelian dan mengesahkan pembelian.

Ibunya hanya sedar mengenai transaksi jualan itu selepas menerima email pengesahan daripada eBay. Rupa-rupanya ibu kepada kanak-kanak tersebut pernah melarang anaknya yang merupakan pengumpul koleksi Coles Stikeez membeli patung Golden Billy Banana tersebut.

“Ia sudah semestinya bukan dalam bajet keluarga kami. Saya merayu kepada penjual atas talian itu tetapi tidak diendahkan. Begitu juga PayPal yang menyatakan wang tidak dapat dikembalikan,” kata Donna Jacob kepada stesen penyiaran Channel Seven baru-baru ini.

Bagaimanapun, eBay akhirnya berjanji untuk memulangkan AS$10,000 setelah dihubungi pihak media berhubung isu itu. Begitulah kuasa media yang boleh membantu mereka yang memerlukan.

 

 

Sumber: KOSMO