Cara lafaz niat puasa sunat Hari Arafah di Malaysia Serta Kelebihannya

9 Zulhijjah pada setiap tahun Hijrah dengan berpandukan kalendar atau takwim Islam di Malaysia merupakan hari yang disunatkan berpuasa (Puasa Hari Arafah) kepada seluruh umat Islam di negara ini (bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji)

Berkaitan dengan perkara ini, penulis telah mengikuti kuliah agama, dan penceramah membincangkan mengenai topik tentang Puasa Sunat Hari Arafah

LAFAZ NIAT PUASA SUNAT HARI ARAFAH ATAU WUKUF

Dalam kandungan ceramah tersebut turut dimaklumkan mengenai fadhilat atau kelebihan berpuasa pada hari Arafah

Kelebihan Puasa Sunat Hari Arafah / Wukuf
BetulSesiapa melakukannya akan mendapat ganjaran pahala yang besar dari Allah SWT
BetulDapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang, bersandarkan hadis yang sahih

Selain berpuasa sunat Hari Arafah, umat Islam di Malaysia boleh memanfaatkan kemuliaan hari Arafah dengan berzikir, berdoa atau melakukan amalan-amalan sunat lain

Puasa Hari Arafah Ikut Tarikh Di Mekah (Arab Saudi) Atau Malaysia?
Persoalan ini sering ditanya oleh umat Islam di Malaysia kerana ia menimbulkan kekeliruan ramai iaitu mengenai hari yang tepat untuk menunaikan ibadah puasa sunat tersebut memandangkan tarikh hari Arafah (9 Zulhijjah) di Arab Saudi dengan Malaysia ada kalanya tidak sama pada setiap tahun
Bagi menjawab persoalan ini, menurut pendapat umum ulama, sebaiknya berpuasa sunat Arafah mengikut tarikh / hari 9 Zulhijjah di Malaysia
 
Tarikh 9 Zulhijjah 1440H Di Malaysia
9 Zulhijjah 1440H di Malaysia adalah bersamaan 10 Ogos 2019 Masihi (Sabtu)
Pada tahun ini, 9 Zulhijjah 1440 Hijrah di Arab Saudi (Mekah) iaitu Hari Arafah atau juga dikenali Hari Wukuf yang merupakan kemuncak ibadah haji 
BACAAN NIAT PUASA SUNAT HARI ARAFAH (WUKUF)
Hari Arafah mempunyai kelebihan yang besar dalam syariat Islam. Maka, puasa pada hari tersebut mempunyai kelebihan dan fadilat yang besar juga
Sehubungan dengan itu, seorang Muslim digalakkan berniat untuk berpuasa pada hari Hari Arafah kerana pada hari tersebut merupakan peluang mendapatkan ganjaran pahala yang sangat besar bagi membersihkan segala dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang
Berikut adalah lampiran bagi lafaz niat puasa hari Arafah
Niat Puasa Sunat Hari Arafah Wukuf
Tiada niat khusus bagi puasa Arafah. Selain lafaz niat seperti lampiran di atas, bagi yang mahu berpuasa sunat Arafah boleh memilih salah satu di antara niat seperti berikut
Nombor 1Sahaja aku berpuasa sunat esok hari Arafah kerana Allah Ta’ala
Nombor 2Sahaja aku puasa sunat Arafah kerana Allah Ta’ala

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: mysumber.com

Facebook Comments