Trivia hero drama ‘Sweet Dreams’ -Ben Amir

DRAMA Sweet Dreams telah melonjakkan
nama pelakon Ben Amir sehingga menjadi trending di
laman sosial dan menarik perhatian ramai peminat drama Melayu.

Sebenarnya Ben Amir bukanlah nama baharu dalam industri, dia
telah memulakan karier sejak tahun 2013 namun kehadirannya
tidak begitu disedari sehinggalah drama arahan Michael Ang itu
menjadi sebutan ramai.

Mungkin ada yang masih belum kenal siapa itu Ben
Amir… jadi disini kami senaraikan 11 info menarik mengenai
pelakon berusia 29 tahun ini!

 

1. Nama sebenar Ben Amir ialah Muhammad Amir
Sabaruddin, berasal dari Kuala Lumpur dan dilahirkan pada 13
Mei 1990. Dia merupakan anak keempat daripada lima beradik.

2. Ben merupakan bekas pelajar Universiti
Teknologi MARA (UiTM) Melaka dalam jurusan Diploma Pengajian
Perniagaan. Dia memulakan langkah dalam industri hiburan
apabila menyertai Hero Remaja 2011/2012 bersama-sama dengan Fattah Amin, Syafiq Kyle, Hafidz Roshdi, Nazrief Nazri,
Hafreez Adam, Fendy Bakry dan Saharul Ridzwan.

3. Melalui satu temubual bersama Cosmopolitan, Ben Amir memberitahu yang dia menjalankan bisnes sewa kereta atau “rental business” selama hampir 2 tahun sebelum memulakan karier sebagai pelakon.

4. Selepas tamat program Hero Remaja,
Ben ditawarkan berlakon dalam drama Fira Ayuni,kemudiannya dia ditawarkan berlakon bersama rakan
seperjuangannya iaitu Fattah Amin dalam drama adaptasi novel
Playboy Itu Suami Aku.

Bermula sebagai pelakon watak tambahan, bakat lakonan Ben Amir akhirnya menjadi perhatian dan dia kini mula ditawarkan untuk memegang watak utama dalam drama.

5. Filem pertama lakonan Ben berjudul
Romeo Kota arahan Datuk Aaron Aziz ditayangkan pada
tahun 2015. Selain itu, Ben juga pernah menjadi pelakon iklan
dan model untuk beberapa produk.

6. Menurut Ben, drama yang menaikkan nama beliau sebagai pelakon dalam industri hiburan Malaysia sehingga dikenali adalah drama Suri Hati Mr Pilot arahan Michael Ang dimana Ben memegang watak Dr. Muslim.

7. Ben Amir bersedia jika perlu menayangkan
tubuh badan dalam mana-mana karya filem, bagaimanapun ia
memerlukan kesesuaian watak dan alasan munasabah sebelum
berbuat demikian.

8. Pada Mei 2018, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Ben Amir mendapat perhatian masyarakat apabila
wajahnya dikatakan seiras dengan Menteri Belia dan Sukan, Syed
Saddiq Syed Abdul Rahman. Kata Ben, ramai yang menghantar mesej
dan menegurnya secara peribadi memaklumkan wajah mereka hampir
serupa.

9. Ben pernah digosipkan dengan pelakon Uqasha Senrose dan dikatakan sedang bahagia menjalinkan hubungan
cinta. Bagaimanapun, Ben menafikan wujudnya ikatan cinta antara
mereka dan menganggap apa yang diperkatakan oleh netizen itu
hanya sekadar gosip semata-mata.

10. Bukan hanya seiras Syed Saddiq, netizen mula mengaitkan wajahnya dengan pelakon Lisa Surihani pula!
Menjawab komen pengikut di Instagram, Lisa dalam nada
gurauan mengakui Ben Amir itu adalah adiknya.

11. Walaupun drama Sweet Dreams baru
sahaja bersiaran, penampilan Ben Amir sudah mula menarik
perhatian penonton apabila gaya rambutnya mula menjadi ikutan
ramai sehinggakan Datin Seri Tiara Jacquelina turut memuji
penampilan Ben dan menyatakan imej berambut panjang cukup
sesuai dengannya.

12. Heroin Sweet Dreams iaitu Mira
Filzah mengakui Ben Amir merupakan seorang lelaki yang sangat
pemalu sehinggakan dia sendiri perlu memulakan perbualan bagi
mewujudkan keserasian dalam drama itu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: Mstar,Missviraltv