Jus epal tanpa air Sabhi Saddi jadi bahan jenaka

Keinginan Sabhi Saddi mahu menikmati jus epal ais 100% asli bertukar menjadi bahan jenaka apabila permintaannya itu disalah erti oleh mamak yang mengambil pesanan.

Menurut penyanyi bertubuh tegap dan pernah popular menerusi lagu Nadiku ini, dia memesan segelas jus epal ais, semasa makan di sebuah restoran Nasi Kandar, di ibu negara, baru-baru ini.

Sabhi mengingatkan mamak yang mengambil pesanan tersebut supaya jus epal tersebut tidak dicampurkan dengan air.

Selepas beberapa minit menunggu, akhirnya bapa tiga cahaya mata itu menerima minuman yang dinantikan.

Namun apa yang menggelikan hati kerana mamak tersebut hanya membawakan gelas yang penuh berisi potongan epal dan satu lagi gelas, berisi ais!

“Stress giler, minta apple jus tak nak campur air…sekali datang macam ni.

“Nak marah terus tak jadi sebab kelakar,” katanya.

Sabhi Sadhi berkongsi pengalaman lucu tersebut, menerusi hantaran video yang dimuat naik menunjukkan ‘minumannya’ yang istimewa itu.

 

Rata-rata pengikut dalam Instagram turut meluahkan rasa lucu serta memberi komen emoji ketawa.

Malah ada juga yang berkongsi pengalaman mereka pernah mengalami situasi lebih kurang sama apabila pekerja di restoran mamak tersalah faham maksud pesanan mereka.

 

 

Hahaha..macam ni pun ada ya, sabar jelah!

 

 

Sumber: MHETV