Dato’ Fazley diburu selepas kongsi pendapat tentang peniaga jalanan

Selepas berkongsi pendapat peribadinya tentang peniaga tepi jalan,Dato’ Fazley mendedahkan dia telah dikejar oleh seorang usahawan muda hanya kerana mahu meminta pandangan pemilik restoran Suka Sucre itu.

“Selepas saya kongsi perasaan sayang dan hormat kepada peniaga-peniaga tepi jalan seminggu lalu, saya dapat banyak respon dari orang ramai termasuk juga usahawan- usahawan yang baru nak menapak, termasuk yang dah lama dalam bidang perniagaan makanan.

 

 

“Mereka semua terharu dengan kejutan penghargaan yang diberi dari media dengan deretan artikel-artikel yang keluar baru-baru ini mengenai posting saya → #dfysukasangat

“Semasa di Segamat, saya “dikejar” anak muda yang baru buka bisnes kebab di Skudai. Mereka travel dari Skudai ke Segamat semata-mata untuk minta pendapat saya tentang kebab ciptaannya.

“Saya sempat rasa makanan jualannya semua dan sangat sedap semuanya! All the best,” tulisnya.

 

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang kagum dengan sikap rendah diri Fazley sedikit sebanyak menyuntik semangat kepada usahawan baharu.

 

 

 

 

 

Sumber:Astro Awani