Petua Mudah Merawat Sakit Kepala & Angin Dalam Badan menggunakan ais dan limau

Selalunya jika tidak mendapat rehat yang cukup, kita akan selalu mendapat sakit kepala.

Ada kalanya makan ubat pun tak jalan.

Jika para pembaca ada mengalami masalah yang sama,cuba ikut petua yg dikongsikan oleh cik Saleha ini.

Macam senang je!

Bahannya:

Ais (tak kisah banyak mana)
Limau nipis 3biji ( boleh buat kiraan ganjil)
Air sebaldi

Caranya:

1. Campurkan semua ke dalam baldi.

2. Sebelum mandi baca ayat ayat ni diluar bilik air dan tiupkan dalam air dan niatlah yang baik baik. Bacakan ayat-ayat ini:

Surah Al fatehah 7kali
Surah  Al Ikhlas 3kali
Selawat 3kali

4. Mandi macam biasa bersihkan diri dulu. Akhir sekali baru bilas dengan air sebaldi tadi. Sebaik mandi lepas waktu asar.

5. Mulakan siram dari kaki bawak ke atas hingga kepala. Lebihnya boleh siram bahagian tengkuk. Kalau nak berendam pun lagi bagus!

6. Jangan lap dulu, kalau dapat kering secara semulajadi lebih baik.

Air ni bukan untuk masalah sakit kepala je, malah untuk sakit sendi, susah tidur malam, badan bisa pun boleh buat.

Antara khasiat lain kalau amalkan air mandian ni:

1. Naikkan seri wajah
2. Kuatkan badan
3. Kuruskan badan
4. Aura positif
5. Merawat kulit jadi sihat
6. Hilangkan bisa dan angin kat badan

Moga bermanfaat buat semua!
Saya izinkan semua untuk kongsi❤️❤️

Kredit: saleha maarof

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: hijabista

Facebook Comments